Hari ni Kak Jah nak cerita tentang satu kisah yang berlaku pada teman rapat Kak Jah sendiri. Kisah ni tentang Yati (bukan nama sebenar) yang keliru dalam membuat keputusan hidup selepas bercerai buat kali kedua dengan bekas suaminya lebih setahun yang lalu.

Yati sekarang berusia 36 tahun. Pada usia 23 tahun dia pernah berkahwin tetapi perkahwinan selama 6 tahun tidak dikurniakan zuriat membuatkan suami dia curang atas alasan nakkan anak. Suaminya masa tu cuma ingin berkahwin 1 lagi tetapi tak nak Yati juga kerana sayang.

Pada mulanya Yati tak sanggup bermadu tetapi kerana sayang dia yang terlalu dalam pada suaminya ketika itu dia akhirnya rela. Masalah timbul bila kekasih suaminya pula tak nak berkongsi kasih dan minta suami Yati memilih. Kerana suami Yati ada berhutang budi dan duit dengan kekasihnya jadi Yati undur diri dan minta suaminya ceraikan dia walaupun hatinya tak rela masa tu.

3 tahun selepas bercerai Yati ambil keputusan menikah pula dengan seorang lelaki ni walaupun mereka baru kenal dalam 5 bulan macam tu. Niatnya supaya dia dapat lupakan bekas suami nya dulu. Malangnya dia tak disukai keluarga suami barunya atas hasutan birasnya yang lebih lama jadi menantu dalam keluarga tu. Ini kerana birasnya yang suka dengki dengan Yati kerana dia seorang yang berkerjaya dan lebih segalanya dari biras tadi ni.

Kes cemburulah ni. Yati sangat baik dengan birasnya sebelum ni tetapi dibelakang birasnya mengumpat dan berkata buruk berkenaan Yati dan Yati sendiri pernah mendengarnya. Didepan Yati birasnya bercerita pula buruk keluarga mertua dan beritahu Yati yang keluarga mertua tak sukakannya.

Akhirnya hubungan Yati dan keluarga mertuanya renggang. Atas sebab campur tangan keluarga , suami baru Yati pun ceraikan Yati kerana tak nak menjadi anak derhaka walaupun dia sayangkan Yati lebih daripada segalanya. Alahai, susahnya nak cari bahagia.

A close up of a cardDescription automatically generated

Bekas suami pertama Yati pulak dapat tahu Yati dah single semula dari emaknya kerana Yati dan keluarga mertuanya yg pertama sangat baik dan sangat rapat. Sekarang bekas suami Yati yang pertama dulu ajak Yati nikah semula untuk tebus salah nya. Tetapi Yati serba salah kerana bekas suami tu dah berkahwin dan ada anak dengan kekasih yang dulu pernah jadi org ketiga dalam rumahtangga mereka. Jauh di sudut hati, Yati memang masih sayang dan cintakan bekas suami pertama dia kerana yelah, cinta pertamanya dan Kak Jah sendiri lihat betapa sedihnya Yati selepas berpisah dulu.

A picture containing tableDescription automatically generated

Yati ada bertanyakan adakah dia perempuan yang jahat andai dia menikah semula dan menjadi isteri kedua pada bekas suami pertama dia dulu. Eh kenapa pulak dia perampas? Sebab Yati kata isteri bekas suaminya itu ada bukak mulut dan tuduh Yati sebagai perampas sebab sibuk nak datang semula dalam kehidupan suaminya itu wahal dulu dia yang nak bercerai. Eh, yang dia tu perampas dia tak ingat ke? Haa marah pulak Kak Jah. Korang rasa macam mana? Sebagai kawan baik, Kak Jah suruh Yati fikir baik-baik dan berharap agar dia boleh membuat keputusan yang betul.