Korang mesti familiar dengan kedai bunga online bernama BloomThis! Mereka memulakan e-dagang yang membekalkan cenderahati dan jambangan bunga buatan tangan pada tahun 2015.

Kalau uolls nak tahu, mereka baru sahaja menlancarkan kedai fizikal pertama mereka di Hospital Pakar KPJ Damansara 2 (DSH2), di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur pada 1 Mac 2023. Kedai fizikal tersebut dibuka dengan kerjasama oleh pihak KPJ Healthcare bagi menjayakan pelan strategik untuk mencipta saat-saat indah bagi para pelanggan, termasuklah ketika mereka sakit.

Giden Lim, Co-Founder & CEO (kiri), Penny Choo Co-Founder & Managing Director (Kanan)

Giden dan Penny merupakan pengasas BloomThis dan mereka merasakan walaupun kedai online mereka sudah membina nama yang tinggi dalam platform e-dagang, mereka masih mahu berhubung dengan para pelanggan secara langsung. Penny berkata “Dengan cara ini, kami dapat bersama dengan pelanggan kami pada saat-saat yang penting termasuk ketika menemani orang yang tersayang di hospital”.

Kalau uolls nak tahu, sebuah kajian daripada University of North Florida telah menunjukkan bahawa jika seseorang itu mendapat bunga, ia dapat mengurangkan tekanan dan keresahan serta mempunyai impak positif terhadap kesejahteraan emosi.

Kedai tersebut juga menawarkan pengalaman interaktif kepada pelanggan menerusi penyertaan dalam bengkel mini atau sesi gubahan bunga berdasarkan temu janji.

BloomThis terletak di tingkat bawah DSH2 mula beroperasi dan menerima pelanggan bermula 1 Mac 2023.