Okay Kak Jah memang marah sangat bila dengar cerita ni. Alahai lelaki panas baran ni nak pergi mana eh? Cerita ni ialah kisah yang diceritakan kepada Kak Jah oleh adik Kak Jah sendiri. Benda ni berlaku dekat salah sorang kawan baik dia.
Ceritanya begini. Kak Jah bagi nama dia Sha lah eh. Okay Sha (bukan nama sebenar) sudah berkahwin 4tahun. Sekarang tengah sarat hamil anak ke-3. Usia perkahwinan baru 4 tahun tapi Sha dah tawar hati kat suaminya. Dah banyak peluang Sha bagi kat suami tapi kali ni dia betul2 tertipu, kecewa, terkilan, sedih, marah. Mengandung anak sulung dia tunjuk sifat panas baran dia. Dia cekik leher Sha yang tengah mengandung atas satu kesalahan kecil. Walaupun kite buat salah tapi kekerasan bukanlah cara nak selesaikan masalah betul tak korang? Dia ada mintak maaf dan Sha dah bagi peluang dekat dia tapi perasaan hormat kat dia tak sama mcm dlu.
Sebabnya, dah suami tu tunjukkan sifat tu time kita mengandung. Dia tak tahu ke akan ade effect kat baby sekiranyer ibu bersedih baby akan terikut. Jadi Sha kata dia dah memang hilang hormat dekat suaminya tu.
Tambah Sha, dia sangka suami dah berubah, rupanya masa mengandung anak ke – 2 dia masih cekik leher Sha lagi dan tumbuk dinding tepi muka Sha sampai kayu tu tercabutlah. Sedihnyer hati Sha ketika tu hanya Allah je yg tahu. Masa tu Sha mengandung dlam 5,6 bulan. Sha betul-betul kecewa sgt dan cuma fikir nk dipermudahkan bile beranak..itu je. Sha dah tak larat nk fikir apa apa masa tu.
Selepas tu, pasangan ni pindah rumah sewa lain. Suami dia ulang balik perangai panas baran dia tu. Masa tu Sha mengandung 8 bulan lebih. Dia tarik rambut Sha dan sampai seminggu kulit kepala rasa pedih dan berdenyut. Kudrat wanita kita ni manalah larat nak lawan, dahlah tengah sarat. Sha mengadu dekat kakak dia. Sekuat mana pun Sha ni, dia masih perlukan teman untuk berkongsi masalah, pendapat, pandangan. Sha masih bagi last peluang kat suami tak guna dia tu dan akhirnya mereka berdamai sbb anak. Kalau takde anak, dah lama Sha cabut.
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Masa Sha mengandung ke-3, suami dia masih tetap ulang perangai panas baran dia tu tapi takdelah sampai naik tangan, cuma nak baling kasut je dekat Sha masa dia mengandung. Hei, baling kasut? Melampau betul. Tu isteri kau kot! Sha memang cakap hati dia dah hancur sangat sangat. Ditambah usia kandungan saya mencecah 8 bulan lebih, Sha tiba-tiba diuji dengan kecurangan suami pula.
Hancur hati saya min Hari Raya Aidiladha tahun lepas Sha dapat tahu kecurangan dia. Naluri isteri sememangnya betul apabila dia dapat rasa suaminya curang. Dapat rasa lain macam. Suami tukar password handphone tapi Allah gerakkan hati ni suruh buka henfon dia.. Alhamdulillah dapat Sha buka. Sha tertengok dia video call dekat sejam pagi hari raye tu masa Sha keluar sembahyang raya. Suami dia tak pergi sembahyang raya dan time tu dia sepatutnya jaga anak-anak tapi dibiarnya budak-budak tu main sendiri dekat luar.
Sha pernah bagitahu suami, nak cari awek takpe asalkan bini sorang je tapi jangan sesekali tipu pasal status. Rupanya suami dia mengaku bujang dekat perempuan tu.
Perempuan tu dah mula sukakan dia sbb suami Sha selalu pegi kedai dia beli barang-barang mancing untuk kedai kawan dia. Bila kantoi, Sha kecewa sangat. Dia mintak dilepaskan sebab hati dah Sha dah punah.
Sha kata dia dah tak boleh nak tengok muka suaminya itu. Hari-hari Sha menangis je dan malam raya kedua tu dia terus balik kampung.
Selepas dah tenang sikit, dia balik rumah sewanya tapi hati dah betul betul kosong. Hati dia dah takde untuk suami. Suami Sha menyesal dan mintak untuk diberikan satu lagi peluang. Harga sebuah kemaafan sangat mahal. Harga sebuah kesetiaan sangat mahal. Susah untuk Sha maafkan dia setelah bermacam-macam dia buat kat Sha .Sha cuma fikir nk dipermudahkan je bila beranak nanti. Sha taknak dendam sbb takut anak dalam kandungan tu akan terikut. Kadang-kadang dia rasa bodoh sebab senang sgt nak maafkan orang, nak lupakan apa yg org buat kat dia.
Sha kata dia maafkan suami sebab nak tenangkan hati tapi dia takkan sesekali lupakan apa yang suami dah buat dekat dia. Sha tak tahu boleh hadap tak dengan suami selepas ni dan takthu nk bagi peluang ke tak kat dia. Hei kalau Kak Jah memang tak kasi chance! No no no. Okay Kak Jah tau memang susah melupakan orang yang kita sayang tapi it can be done. Boleh je nak lupakan, teruskan usaha dan terus melangkah ke depan. Banyakkan berdoa.
Sha kata memang Allah jelah tempat dia mengadu sekarang dan berdoa agar Allah bukakkan dan mudahkan jalan hidup dia yang seterusnya. Yelah dik, betul tu. Hanya Allah je boleh tolong. Sha tawakal je kalau sampai sini sahaja jodoh mereka. Dia akan cuba bangkit dan kuat demi anak-anak. Itulah kita perempuan kan, fikir anak je semua. Anak-anak jelah penguat hati ni. Kak Jah doakan Sha terus kuat.