7 perkara pelik wanita lakukan tapi dapat tawan hati lelaki

Cik Ju ni anak dah 3 orang, ada la pengalaman yang Cik Ju boleh share dengan wanita-wanita yang masih single, nak pikat mana-mana lelaki yang korang suka. 

Cik Ju sanggup kongsikan tips supaya korang tak menangis, frust tak dapatkan lelaki yang diimpikan, kita try mana yang boleh, selagi kita mampu, ye dak? Akhirnya perancangan tuhan itu lebih hebat dan memang kita tak boleh nafikan. 

Mungkin korang dah try beberapa tips tapi masih belum berjaya, korang dah start fikir yang korang tak cukup hot untuk lelaki yang uols nak kan sangat tu, 

Mari sini Cik Ju ajar sikit tips yang korang boleh guna pakai untuk masa depan yang lebih Bahagia hendaknya. Tapi Cik Ju nak pesan awal-awal yang minat lelaki ini berbeza, so depends pada setiap karakter wanita itu yang dia suka. 

Slikovni rezultat za hijabi natural

1. Ketika wanita dalam keadaan natural.

Natural yang bermaksud tidak memakai sebarang make up dan tidak memakai pakaian yang cantik untuk menarik perhatian orang ramai. Keadaan sebegini kebiasaannya ketika usai bangun daripada tidur.

2. Loghat.

Ada sebahagian lelaki cukup tertarik jika wanita itu pandai menggunakan loghat negeri lain seperti Kelantan, Terengganu atau Kedah atau negerinya sendiri. Bagi lelaki, wanita begini amat mencabar, dan lelaki suka akan pada cabaran.

3. Ketika wanita dalam keadaan takut.

Jika anda sedar, lelaki yang sebenarnya gemar mengusik wanita hanya kerana mereka telah jatuh hati pada wanita tersebut. Lelaki sebenarnya mahu melihat jika wanita itu dalam ketakutan, adakah mereka dapat berdikari atau tidak? Ini kerana lelaki secara automatik mahu melindungi wanita yang dalam ketakutan dan ini menunjukkan bahawa lelaki itu benar-benar telah jatuh hati.

Slikovni rezultat za hijabi with glasses

4. Ketika memakai cermin mata.

Ada juga lelaki tertarik ketika wanita memakai cermin mata, tidak kira cermin mata hitam atau cermin mata untuk rabun. Jadi wahai wanita, tidak perlu takut untuk menggayakan cermin mata.

Slikovni rezultat za hijabi makeup

5. Ketika melihat wanita bermekap.

Sebahagian lelaki amat tertarik ketika wanita sedang menggunakan barang mekap ke atas muka mereka. Lelaki merasakan, ia menakjubkan kerana wanita mampu fokus pada suatu perkara yang terlalu lama untuk dihasilkan.

6. Memakai tuala di kepala.

Ketika wanita usai sahaja keluar daripada kamar mandi dengan menggayakan tuala di atas kepala kerana membasuhkan rambut, ia mampu menarik perhatian mata lelaki. Bagi mereka yang telah berkahwin, jika mahu mengorat si suami, mudah sahaja bukan? Dengan gaya ini dan haruman shampoo mampu memikat hati si suami.

Slikovni rezultat za hijabi sport

7. Ketika berpeluh.

Keadaan seperti ini juga mampu memikat hati lelaki. Sebahagian lelaki amat meminati wanita yang gemar melakukan aktiviti lasak dan sentiasa bersukan. Wanita yang aktif akan membuatkan lelaki juga mahu menunjukkan mereka juga aktif seperti wanita tersebut, kerana mereka tidak mahu menunjukkan diri mereka yang lemah.

Sumber : Baituljannah.com