Jadi ibu ni memang memenatkan tapi seronok bila tengok keluarga terjaga dan happy sentiasa betul tak? So kalau jadi mommies kena kuat dan selalu bertenaga sebab kerja kita ni konsepnya non-stop, daripada bangun pagi sampailah tidur tu ada je benda yang kita kena buat untuk suami dan anak-anak. Jadi, untuk make sure sentiasa bertenaga, Kak Jah nak share dekat uols semua resepi susu kurma. Siapa tak tahu khasiat kurma kan, kalau bulan puasa tu kurma ni memang sumber tenaga paling bagus untuk hilangkan letih berpuasa.
Resepi susu kurma ni memang senang sangat nak buat, bahan pun alahai sikit je. Yes Kak Jah tau engkorang nak cakap ada je susu kurma dekat luar tu kan? Yes Kak Jah pun suka je susu kurma pasaran tu but kalau buat sendiri sekali sekala pun best jugak ye tak? Boleh kawal sendiri gula, kawal rasa, kawal kesedapan susu sendiri.
Meh tengok resepinya!
Bahan-bahannya :
– 1 liter susu apa apa jenis (low fat / whole milk / soy)
– 10- 15 biji kurma atau boleh adjust ikut kehendak
Cara-caranya :
1. Letakkan kurma yang sudah dibuang bijinya dalam mesin pengisar
2. Masukkan susu
3. Blend dan ready to serve
Alahai senang betul. Okay selamat mencuba!