Lipstick nude memang ada kebarangkalian buat wajah nampak pucat dan kusam. Min perasan ramai je yang mengelak daripada memakai listick nude walaupun warna tersebut sebenarnya cantik dan dikategorikan sebagai warna selamat dan tak offensive kalau nak dipakai setiap masa. Haa kenapa lipstick nude nampak pucat? Sebab salah pilih warna nude lah tu. Sama seperti pink, nude ni pun ada pelbagai tona tau. 

Sini SW kongsikan tips pakai lipstick nude agar tak nampak pucat.

A picture containing toiletry, cosmetic, personDescription automatically generated

– Pakai lip balm

First of all, before apply lipstick make sure korang dah pakai lip balm dulu. Lip balm digunakan untuk pastikan bibir korang kekal lembab dan lembut bila dah pakai lipstick. At the same time, bibir korang akan nampak lebih cantik dan menyerlah. Kira dapat blend in dengan warna bibir asli.

A picture containing indoor, toiletry, sitting, doughnutDescription automatically generated

– Cuba dahulu di kedai 

Testers are there for you to test them! Lipstick nude memang agak tricky dan adalah sangat penting untuk uols try dulu sebelum beli. Cuba je sebanyak mana pun untuk dapatkan warna yang betul-betul sesuai

A picture containing person, woman, indoor, wallDescription automatically generated

– Pastikan foundation / bb cream diblend elok

Wajah yang tak dimekap apabila dipadankan dengan lipstick nude akan nampak sangatlah pucat. Tips nak nampak cantik pakai lipstick nude ialah pastikan wajah anda dioles dengan maeup dulu supaya nampak sekata dan baru pakai lipstick nude. Jangan pakai pada wajah yang kosong, hasilnya memang nampak tak kena.

A picture containing person, indoor, necktieDescription automatically generated

– Pakai blusher

Okay lipstick nude memang takkan nampak pucat pada wajah yang ada blusher. Fungsi blusher ialah untuk menaikkan seri wajah dan mengelak wajah daripada nampak satu tona sahaja. Selepas dah letak blusher, sapukan lipstick nude dan ia akan nampak elok serta tak pucat pada wajah anda.

A picture containing cosmetic, toiletryDescription automatically generated
A picture containing toiletry, cosmeticDescription automatically generated

– Pilih tone yang betul

Lipstick nude ada pelbagai tone seperti cool, neutral dan warm. Sama seperti tona kulit anda, padankan juga lipstick nude mengikut tona kulit. Lipstick nude warm misalnya takkan nampak cantik pada wajah yang mempunyai cool undertone. Jadi, pastikan dulu baru beli okay?

Haa lepas ni bolehlah serbu drugstore atau Sephora dan try dulu lipstick nude anda!