Bagi memperkasakan wanita luar bandar, Monash Universiy Malaysia dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menjalinkan MoU dalam menjalankan program latihan keusahawanan perniagaan khas untuk golongan ni.

Dengan program kerjasama ini, team ni percaya yng dorang akan temui findings yang akan membantu dalam research berkaitan keusahawanan bagi membantu dalam memperkasakan usahawan wanita dengan latihan-latihan yang disediakan.

Bukan setakat nak berniaga di medium offline je, tapi juga online.

Pada tahun 2018, Prof Madya Grace Lee Hoi Yean dari Monash University, pernah buat survey dekat seluruh negara yang melibatkan 1,300 orang wanita. Soalan yang selalu beliau tanya,

“Kenapa tidak layak anda (wanita) untuk bekerja sendiri 5 tahun ke depan?” Rata-rata jawapan yang diterima ialah, “tak cukup modal” dan “kurang kemahiran keusahawanan”.

Pasar Kelantan yang majoritinya peniaga wanita.

Jadi selari dengan matlamat MoU ni, fokus akan diberikan untuk atasi semua cabaran dan halangan yang tercipta tadi seterusnya membawa keluar wanita luar bandar daripada terperangkap dalam kemiskinan.