A group of people on a stage in front of a crowdDescription automatically generated
Gambar : AFP

Cik Ju ada terbaca 1 artikel, Wanita Argentina mahukan hak gugurkan janin, pelik kan zaman sekarang ni?

Orang kalau boleh lagi nak simpan sebab anak tu anugerah tuhan bagi, bukan suka-suka nak buang, tapi kenapa? Sebab ramai yang tak mahukan komitmen? Rasa terbeban jika anak ramai?

Persoalannya kenapa dari awal mereka tak fikir sebelum janin tu wujud dalam perut korang? Bila janin dah ada, korang sibuk nak gugurkan.

Well baca cerita macam ni, Cik Ju memanglah emosional, iya lah,ada orang susah nak dapat anak, yang korang senang je nak gugurkan janin.

Tapi Cik Ju bukan tak faham, ada beberapa keadaan yang terpaksa janin itu dibuang, contohnya kena rogol ke, anak dah terlalu ramai ke, tapi bukanlah sampai perlu menetapkan dalam undang-undang yang perkara itu dibenarkan dalam negara.

Kalau itu boleh dibuat di negara luar..Cik Ju tak rasa yang undang-undang itu boleh terpakai di Malaysia sebab kita kalau boleh akan memelihara bayi yang ada tidak kira sama ada anak luar nikah atau tidak, sebab mereka tidak bersalah..Cuma mereka dilahirkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab!

Well, baru-baru ini ribuan wanita membawa skarf hijau yang menjadi simbol gerakan hak menggugurkan kandungan di Argentina, berhimpun di Buenos Aires bagi berkempen untuk rang undang-undang (RUU) baru menjadikan pengguguran sah di sisi undang-undang.

A picture containing indoor, personDescription automatically generated
Gambar : mommiesdaily.com

Dua tahun lalu, RUU sama dibawa tetapi tidak mendapat undi mencukupi di negara konservatif di Amerika Selatan itu.

Iya lah, siapa yang nak setuju dengan benda -benda macam ni? Mengarut kan?

Namun, kumpulan feminisme kini menagih janji Presiden berhaluan kiri, Alberto Fernandez yang sebelum ini berikrar untuk mengutamakan RUU baru tersebut.

Pada Jun 2018, satu RUU untuk membenarkan pengguguran bayi diluluskan di Dewan Rendah tetapi tidak diluluskan di Senat susulan tekanan daripada gereja Katolik Roman.

Di tanah air kelahiran Pope Francis itu, menggugurkan bayi boleh dikenakan hukuman empat tahun penjara.

Undang-undang di Argentina hanya membenarkan pengguguran dalam kes rogol atau jika kandungan itu membahayakan nyawa ibu.

Hrmm..Cik Ju betul-betul tak faham dengan keadaan sekarang ni.