Kisah percintaan pasangan LGBT ni memang selalu dah Kak Jah dengar dan tak sangka kali ni ia berlaku terhadap kawan baik Kak Jah sendiri. Haih, sedih Kak Jah dengar bila dia menangis mintak nasihat Kak Jah. Kak Jah tak fahamlah, kalau dah tahu diri tu bernafsu songsang, buat apa kahwin? Nak rosakkan emosi wanita? Hey, marah tau Kak Jah.

Menurut Farah (bukan nama sebenar), segalanya terbongkar 4 bulan lepas. Jelas Farah, suaminya memang jenis lembut sikit, tapi lembut yang berbudi bahasa, bukan lembut pondan tu. Keseriusannya memikat hati Farah membuatkan wanita itu cair lalu bersetuju menjadi isteri Tony (bukan nama sebenar).

“Saya tahu suami jenis ramai kawan dan kawannya ramai perempuan. Tapi saya kenal semuanya dan tahu mereka memang takde hati pun pada suami, semua memang kawan betul.

“Tapi haritu saya check handphone suami dan nampak nama seorang lelaki dan mesej dia dengan lelaki tersebut memang pelik,” kata Farah.

Farah pun apa lagi, dia terus tanya suaminya tentang lelaki tersebut. Si Tony ni mati-mati taknak mengaku. Farah tak puas hati dan tak lama lepas tu suami dia mengaku tapi dia cakap tu semua client dia.

Client sampai 10 orang ya dan dia memang mengaku dia tidur dengan kesemua client dia tu. Ya Allah hancurnya hati Farah. Tapi lepas tu kehidupan Tony diuji sebab dia buat perbuatan terkutuk tu. Dia hilang kerja dan susah sangat nak dapat kerja tetap padahal sebelum ni dia tak pernah menganggur semenjak lepas grad.

Tony pun memilih untuk memandu grab part time. Tapi perangai dia mula berubah. Dia juga tak pernah bagi duit nafkah pada Farah sebab dia tahu Farah ni jenis wanita berduit. 

Setiap hari dia akan balik lewat malam pergi buat grab katanya tapi rupanya Farah dapat tau yang Tony sebenarnya buat kerja lain. Jumpa kekasih gelapnya. 

“Lepas tu, lebih memburukkan keadaan, mak mertua saya juga tak sukakan saya tanpa sebab. Padahal dia tak tahu anak dia tu gayboy,” kata Farah dengan geram.

A person talking on a cell phoneDescription automatically generated

Kini, hubungan Farah dengan suami serta keluarga mertuanya semakin dingin. Ia menjadikan Farah keliru dan buntu. 

“Dahlah baru kahwin dalam setahun, dah jadi masalah macam ni. Suami pun asyik nak membohong je pasal kegiatan gay dia tu, saya betul-betul stress.

“Sekarang saya berdoa supaya Tuhan bagi saya petunjuk jelah,” kata Farah.

A person standing in front of a cloudy skyDescription automatically generated