Naluri ibu bapa, pastinya sedaya upaya menunaikan permintaan anak-anak walaupun kadangkala terpaksa berkorban nyawa. Sesusah macam mana pun, pasti terdetik di hati atau ada keinginan nak berikan ganjaran sekiranya anak-anak berjaya buat sesuatu kan?

Korang tahu tak, seorang ibu pernah dibawa ke mahkamah atas kesalah mencuri kotak pensel? Disebalik kesalahannya, rupanya si ibu mahu menghadiahkan kotak pensel tersebut untuk anaknya atas kejayaan mendapat nombor satu di sekolah.

Perkongsian peguam jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ini mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati dengan kisah tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Berlaku pada tahun 1998, Datuk Ahmad Zahiril menyaksikan sendiri seorang wanita berbangsa India digari dan dibawa ke mahkamah kerana mencuri set lengkap kotak pensel yang bernilai RM18 daripada sebuah pasar raya.

Tidak dapat melupakan kenangan tersebut sehingga ke hari ini, beliau menjelaskan kerana sudah berjanji akan memberikan ganjaran sebuah kotak pensel sekiranya berjaya mendapat nombor 1  kepada anak lelakinya.

Tersentuh dengan situasi itu, beliau mengendalikan kes tersebut secara percuma. Si ibu dikenakan hukuman bon berkelakuan baik selama beberapa tahun.

Selepas beberapa tahun, beliau didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anak lelaki kepada wanita yang pernah dibantunya dulu.

My mom kirim salam hormat pada you. You mungkin tak ingat sir, tapi saya budak yang hendakkan pencil box itu and now I’m a lawyer, sir.”

TikTok: @amzaharil