Bila Tahun Baharu Cina makin dekat, dapur biasanya jadi ruang paling sibuk dalam rumah. Di sini, memori baru tercipta, tangan yang ligat memasak dengan kasih dan sayang serta pelbagai hidangan yang menyatukan keluarga. Tahun ini, MAGGI® memberi perhatian kepada mereka yang sentiasa berada di dapur, memastikan setiap juadah terhidang dengan penuh rasa dan makna.

Menariknya, semakin ramai generasi muda kini berani mengambil alih peranan ini buat kali pertama. Anak-anak yang sudah dewasa, pasangan pengantin baharu dan keluarga muda masing-masing cuba sedaya upaya menyiapkan hidangan perayaan, sambil menyeimbangkan kerja dan urusan seharian. Ia bukan tugas yang mudah, namun pengalaman ini sering menjadi antara detik paling bermakna dalam sebuah keluarga.
Sebagai teman dapur yang boleh dipercayai, MAGGI® hadir untuk memudahkan perjalanan ini. Dengan resipi yang jelas dan mudah diikuti, asas perisa yang diyakini serta panduan praktikal, memasak terasa lebih ringan dan menyeronokkan tanpa tekanan untuk menghasilkan hidangan yang ‘sempurna’.
“Mengambil alih peranan menghidang juadah perayaan buat kali pertama adalah satu penghormatan dan juga satu amanah,” kata Ms. Ivy Tan Link Cheh, Business Executive Officer MAGGI®. “Kita mahu rasa hidangan yang terasa dekat di hati, tetapi tetap mencerminkan sentuhan sendiri. Peranan kami adalah untuk menjadi teman memasak bersama dengan mereka. Menyediakan resipi, dan asas perasa yang dipercayai agar setiap hidangan bermakna dapat disediakan dengan mudah dan penuh keyakinan.”

Pusing, Pilih, Masak
Untuk mereka yang masih tertanya-tanya hidangan apa yang sesuai, MAGGI® memperkenalkan MAGGI® Wheel of Flavours. Ia direka untuk membantu tukang masak di rumah mencari idea hidangan Tahun Baharu Cina yang praktikal dan penuh makna. Setiap pilihan disertakan resipi ringkas, sesuai sama ada untuk yang baru belajar memasak atau yang sudah biasa di dapur.
Hidangan ini dibahagikan kepada empat tema:
- Kemakmuran
MAGGI® Ikan Stim Halia Kemakmuran
MAGGI® Steamboat Kemakmuran Bersama - Kesihatan
MAGGI® Sup Ayam Kelapa Limpahan Rezeki
MAGGI® Petola Kukus Kemeriahan Berganda - Kelimpahan
MAGGI® Udang Gulung Kebahagiaan Bermakna
MAGGI® Ayam Buah Berangan Limpahan Keemasan - Kebahagiaan
MAGGI® Yee Sang Cili Ala Kampung Goreng
MAGGI® Sup Dumpling Kebahagiaan Bersama

Kesemua resipi ini menggunakan produk MAGGI® seperti Sos Tiram MAGGI®, Stok Pekat Ayam MAGGI®, Kiub Pati Ayam MAGGI® dan MAGGI® Syiok Cili Ala Kampung Goreng. Setiap satu turut disertakan panduan memasak dan boleh digabungkan dengan MyMenu IQ untuk membantu perancangan menu perayaan yang lebih teratur.
Masak Sambil Kumpul Rezeki
Sempena musim perayaan ini, MAGGI® turut mengajak rakyat Malaysia menyertai peraduan “Riang Raya Bersama MAGGI®” Edisi Tahun Baharu Cina, dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000. Peraduan ini berlangsung dari 1 Januari hingga 19 April 2026, merangkumi sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Raya.
Dengan setiap pembelian RM10 produk MAGGI®, pengguna berpeluang memenangi:
- 2 buah Proton X50 baharu
- 16 keping emas tulen 999.9 edisi eksklusif MAGGI® (RM8,000 setiap satu)
- 2,507 ganjaran e-wallet bernilai RM88

Akhirnya, yang menjadikan sesuatu hidangan itu bermakna bukan semata-mata rasanya, tetapi niat dan keikhlasan di sebalik setiap masakan. Dan dalam setiap langkah di dapur, MAGGI® sentiasa ada untuk menemani.


Ubah menu lunch dengan Udang Goreng Berempah
Selera ori Johor: Resepi Mee Rebus
3 Air Mujarab Buang Angin Dalam Badan
Resepi ayam bakar ala-ala Dominos, ini caranya…
Mudah Dan Sedap, Jom Cuba Nasi Ayam Panggang Madu 