Kak Jah perasan ada sesetengah wanita tu kan, suka sangat pakai pakaian ketat. Ketat sikit-sikit tu takpe lagi ni ketat yang memang nak bergerak pun susah. Macam artis Hollywood Kim Kardashian, pernah memakai dress korset yang sangatlah ketat sampai nak duduk pun susah.  

Pakai pakaian ketat secara berterusan ni ada bahayanya. Korset yang terlalu ketat boleh menolak perut di luar diaphragm dan mengganggu pernafasan. Ia juga boleh merosakkan tulang rusuk . Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah badan korang yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting.

Difahamkan beberapa kajian telah melaporkan bahawa tekanan yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada tubuh. Kebiasaan pakaian ketat dapat menekan sistem limfatik (saluran limfatik), sistem saluran darah, organ dalam tubuh, otot, tisu penghubung lain, dan saraf tertentu. Ini sememangnya boleh menjejaskan keadaan kesihatan anda, dari peredaran udara, masalah perut, atau masalah kulit.

Berikut adalah bahaya yang mungkin korang hadapi apabila memakai pakaian yang ketat.

– Penyakit esofagitis

Menurut kajian pada tahun 2017 terdapat kesan buruk dari penggunaan tali pinggang untuk mengetatkan seluar melawan esofagus manusia. Penggunaan tali pinggang yang terlalu ketat boleh menyebabkan esofagitis (keradangan esofagus). Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.

– Penyakit meralgia maresthetica

Meralgia paresthetica adalah keadaan apabila terdapat tekanan oleh tisu sekeliling pada saraf Lateral Femoral Cutaneous (LFCN). Saraf ini bertindak sebagai penerima rangsangan deria pada permukaan paha luar, sehingga apabila menerima tekanan yang berlebihan akan menimbulkan rasa sakit atau terbakar. Umumnya keadaan ini disebabkan oleh penggunaan skinny jeans yang menyebabkan kawasan paha memberi tekanan.

– Nyeri Pada Anggota Badan

Apabila korang menggunakan saiz bra yang salah, sama ada ia terlalu longgar atau ketat, berat payudara korang tidak dapat disokong sepenuhnya oleh bra. Keadaan ini meningkatkan risiko sakit di punggung, bahu dan leher.

Bila korang mengalami beberapa tanda bahaya akibat menggunakan pakaian ketat seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor pakar agar tidak memudaratkan kesihatan.

A tattoo on his hand

Description automatically generated

– Sakit perut semasa memakai skinny jeans

– Mengalami masalah pencernaan

– Ruam pada kulit

– kepala sakit akibat gangguan pada leher kerana penggunaan bra ketat

– Punggung rasa sakit dan nyeri

Kalau korang berterusan mengalami keadaan di atas, kurangkan pemakaian ketat secara berperingkat. Ingat nak cantik kena berpada-pada, jangan sampai tidak ambil peduli tentang kesihatan, okay?