Secara lumrahnya, Cik Ju tahu tiada sesiapa yang rela untuk menjadi gemuk, apatah lagi tidak mempunyai potongan badan yang ideal.

Itu semua perkara yang dielakkan ramai wanita khususnya di Malaysia kerana semua ingin tampil cantik dan seksi.

Selain mengelak daripada menghidapi penyakit kritikal, potongan badan yang kurus seperti buah “pear” juga menjadi idaman wanita.

Oleh itu beberapa senaman khusus perlu dibuat bagi mendapatkan hasil yang diimpikan.

Namun berbeza di beberapa buah negara yang mengejar wanita gemuk untuk menjadi pilihan mereka.

Di beberapa negara ini, wanita kurus tidak mendapat tempat dalam golongan lelaki kerana menganggap wanita kurus ini berpenyakit dan tidak begitu “mengghairahkan”.

1. Mauritania

Sangat malang hidup wanita bertubuh kurus atau langsing sekiranya mendiami negara ini.

Terdapat banyak kes penceraian yang berlaku di Mauritania berikutan isteri tidak mampu mengekalkan tubuh badan yang besar.

Bukan semua wanita mempunyai genetik gemuk. Misalnya ada yang mengikut genetik ibu bapa yang bertubuh sederhana, justeru pasti agak sukar untuk menjadi gemuk.

Apa yang pasti, itu keunikan budaya masyarakat di benua Afrika ini yang memandang gemuk sebagai suatu keindahan.

2. Nauru

Kegemukan menjadi lambang kesuburan dan keindahan bagi masyarakat Nauru.

Ini kerana masyarakat negara itu yakin wanita gemuk memiliki tenaga yang lebih untuk melahirkan cahaya mata. Oleh itu, tubuh gemuk diharuskan bagi wanita-wanita di negara itu.

3. Afghanistan

Lelaki Afghanistan dikatakan lebih mudah tertarik dengan wanita berbadan gempal berbanding yang kurus.

Bagi mereka, wanita dengan potongan badan sebegitu, mempunyai kehidupan yang stabil serta sifat yang lebih tenang.

4. Kuwait

Sama seperti Afghanistan, lelaki Kuwait juga menganggap wanita yang bertubuh gemuk memiliki kehidupan yang stabil dan mewah.

Bagi menjaga status sosial suami di khalayak ramai, wanita Kuwait menjaga agar tubuhnya tetap gemuk.

5. Afrika Selatan

Afrika diisytihar sebagai negara yang mempunyai penghidap AIDS paling ramai di dunia.

Oleh kerana itu, mereka beranggapan wanita dengan fizikal kurus kemungkinan mempunyai masalah berkenaan.

So macam mana? dah ready nak gemukkan diri juga ke? Hehe…