Jenama barang kemas tempatan, HABIB teruja untuk bekerjasama bersama jenama antarabangsa Disney dalam melancarkan koleksi terbaru set Syiling Wafer Emas 999.9 Edisi Terhad yang diinspirasikan dari Puteri Belle. Wah, tahniah diucapkan. Satu pencapaian yang hebat! Berikutan sambutan yang menggalakan sewaktu pelancaran koleksi Disney x HABIB Syiling Wafer Emas versi Frozen, kedua jenama ini berharap koleksi terbaru ini mampu membawa nilai sentimen yang positif dengan menampilkan aura kekuatan serta personaliti menarik Puteri Belle berdasarkan filem klasik kegemaran ramai iaitu Beauty and the Beast. Ha mesti semua pernah tengok cerita ni kan?

Elemen yang direfleksikan dalam rekaan koleksi syiling wafer emas ini diambil dari babak-babak kegemaran cerita dongeng klasik ini. HABIB amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama bersama Disney oleh kerana kedua jenama terunggul ini mempunyai visi yang sama iaitu untuk memberi pengalaman yang luar biasa buat para pelanggannya. 

Terdapat dua rekaan yang ditampilkan, setiap satu darinya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kelainan yang dipertaruhkan dalam koleksi ini adalah pada rekaannya yang menggambarkan babak ikonik serta petikan dialog dari filem tersebut. Bagi mereka yang gemar menonton filem-filem Disney, syiling wafer emas ini sesuai dijadikan sebagai hadiah ataupun sebagai barang koleksi untuk disimpan. 

Koleksi edisi terhad Disney x HABIB Ultimate Princess Collection versi Belle kini boleh didapati di seluruh bilik pameran HABIB. Belanja sakan la semua akhir-akhir tahun ni ye.