Mommies tahu banyak garam boleh digunakan untuk cuci mesin basuh?

A close up of a bowlDescription automatically generated

Gambar : BANkami

Cik Ju nak ajar dekat mommies and ladies yang tak tahu tips tentang garam. 

Well banyak kegunaannya yang korang tak pernah tahu pun sebelum ni. 

Jom Cik Ju share dengan korang apa benefitnya : 

1. Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.

2. Mengubati sinus

Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau anda juga boleh membuatnya sendiri dengan sukatan 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.

A person looking at the cameraDescription automatically generated

Gamabar : Sarsoutlet.wordpress.com 

3. Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.

4. Mengecutkan jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.

5. Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.

6. Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.

7. Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.

8. Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin basuh ketika mencuci. Pasti anda akan berpuas hati dengan hasil cucian anda.

A picture containing person, woman, appliance, sittingDescription automatically generated

Gambar : decorexpro 

9. Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.

10. Ketika kasut berbau taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang busuk itu akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.

11. Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, ia mampu membuatkan berus gigi tahan lebih lama.

A pair of feet wearing blue and black shoesDescription automatically generated

Gambar : maskulin 

12. Mengatasi warna stoking kaki yang tidak sama. Masukkan stoking ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.

13. Rendam tuala baru dengan air garam, ia boleh mencegah tuala daripada terjadinya tahi lalat.

14. Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam dan keesokan harinya spans tersebut akan bersih seperti baru.

15. Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.

Ternyata banyak kegunaan garam yang kita tidak tahu.

Selamat mencuba!