Hadapi hari pertama di tempat kerja dengan 7 tips mudah

Ketahui bagaimana kita boleh tampil santai dan bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Gugup nak tempoh hari pertama kat tempat kerja? Hari pertama selalu buat kita rasa dalam dilemma. Tak tahu macammana nak pastikan kehadiran kita dapat diterima rakan sepejabat lain. Sebenarnya pengalaman hari pertama boleh jadi momen paling indah dalam kerjaya kita, tapi kita kenalah bersedia. Ini antara tips yang kita boleh buat untuk pastikan semua berjalan lancar.

1. Dapatkan tidur yang cukup dan teratur seawal 2 minggu

Tidur dan rehat yang cukup amat penting untuk memastikan kita nampak segar dan bertenaga. Ketika menjadi pelajar dulu, anda mungkin sudah terbiasa berjaga malam dan bangun lambat. Perlu ubah suai biology clock kita supaya terbiasa dengan waktu bekerja pula. Kalau tidak anda mungkin akan pergi ke pejabat dengan mata yang bengkak akibat tidak dapat tidur pada malam sebelumnya dan itu tentunya bukan impressi yang baik pada hari pertama bekerja.

2. Buat test drive ke tempat kerja terlebih dahulu dan datang awal!

Ini untuk mengelakkan sesat ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan seterusnya sampai lambat ke pejabat.  Walaupun sekarang sudah ada teknologi seperti Google Maps dan Waze, adalah lebih baik buat test drive terlebih dahulu supaya perjalanan lebih lancar. Kan bagus kalau dah tahu perlanan ke pejabat perlukan masa berapa lama. Pada yang menaiki pengangkutan awam, apakata buat research tentang nombor bas, jadual berlepas dan perkara lain yang akan bantu memudahkan perjalanan.

3.  Buat homework

Sediakan diri dengan maklumat tentang syarikat, guna je laman web rasmi atau Google sahaja. Takde lah terpinga-pinga ketika hari pertama nanti. Buat juga homework tentang skop kerja supaya kita dah boleh agak tugasan yang kita kena buat.  

4. Pilih pakaian yang sesuai

Tampil professional adalah pilihan paling bijak. Rasa tidak selesa adalah perkara terakhir yang kita perlukan bila mula bekerja. Kita juga tidak mahu dilabel selekeh! Jadi sentiasa pastikan pakaian kita kemas, bersih dan tidak berbau. Baru lah senang nak bergaul dengan rakan sepejabat. 

5. Bertanya, bertanya, dan bertanya

Malu bertanya sesat jalan. Jangan jadi bodoh sombong kalau tidak tahu atau kurang jelas tentang tugasan yang diberikan. Cuba dapatkan maklumat yang perlu semaksimum mungkin dan jika tidak diberikan kerja tidak ada salahnya kalau kita ringan mulut dan tulang untuk menawarkan pertolongan kepada bos atau rakan sekerja.

6. Catat perkara penting

Takpe kalau tak ingat. Tulis je dalam buku catatan kita. Ini bukan hanya berguna untuk hari pertama, tapi juga sterusnya. Kena ingat, tak mungkin kita boloeh mengingati semua tugasan dan detail yang diberikan. Jadi untuk lebih selamat, tuliskan dalam buku. 

7. Don’t Be Yourself… Yet

Tips ini bukan bermaksud anda perlu jadi hipokrit ya. Tapi jika anda seorang yang terlampau ramah misalnya, anda mungkin akan menakutkan rakan sekerja anda  atau lebih teruk lagi jika ada yang akan memandang serong terhadap anda. Anda perlu lebih tenang dan tak salah untuk jadi “budak baik” pada hari pertama anda. Jika kerja yang diberi bos agak banyak, janganlah membebel dan merungut di depan rakan sekerja lain.