Kalau masa PKP 1.0, resepi kek marble jelita adalah resepi yang paling banyak orang cari, share dan buat. Masing-masing cuba menunjukkan bakat menghasilkan kek marble paling jelita di alam semesta ini.

Kredit: Seminit Resepi

Tapi bila trend PKP 2.0 ni, ada satu lagi trend jelita baru yang sis perasan iaitu roti jala jelita.

Ya, biasanya roti jala ni orang buat warna kuning je kan? Tapi sis nampak ada seorang pengguna FB, Che Hasnah Muhamad share dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN) tenteang roti jala jelita yang dia buat.

Memang meriah dengan warna. Jelita sungguhlah, tak ada tandingannya…

Orang yang melihat memang kagum habis dengan kreativiti puan ni. Sampaikan tak sampai 24 jam dia share hasil kerjanya, dah dishare hampir 2,000 kali! Dan yang like pun dah lebih 23K gais.

Fuh, merecik! Nanti, nak try buatlah.

Resepi roti jala korang boleh baca dekat sini: Menu PKP mudah – Roti jala lembut sampai esok.

Kredit gambar: Che Hasnah Muhamad