Rupa-rupanya, cara nak bancuh susu tepung pun memberikan kesan kepada susu anak-anak. Laaa Kak Jah pun baru tau uols. So menerusi satu perkongsian yang Kak Jah baca menerusi internet sambil-sambil tunggu cik abang Kak Jah balik minum petang haritu, Kak Jah nampak lah artikel pasal susu ni. Terkejut Kak Jah sebab adalakalanya, Kak Jah pun bancuh susu dengan salah. Yelah kita ingatkan sama je benda tu rupanya lain.
Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.
So macam mana korang bancuh sus anak korang? Selalunya, cara di bawah ini kan?
- Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
- Tuang air panas.
- Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
- Goncang sehingga sebati
- Rasa suhu sebelum diberi minum.
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah! Laaa yeke. Kenapa salah?
Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok, okay mommies?
So lepas ni ingat tips ni dan bancuhlah susu dengan betul.
Nak baca lagi?
Mommies tahu banyak garam boleh digunakan untuk cuci mesin basuh?