Ish petang-petang macam ni teringin pulak nak makan mee goreng mamak. Mamak bawah rumah Kak Jah ni sedap je masakan dia, kira kenalah dengan selera Kak Jah ni tapi kalau boleh masak sendiri, kenapa nak beli, ye tak?
Rahsia kesedapan mee goreng mamak ni terletak kepada rempahadunan dia tu dan telur yang dipecahkan semasa menggorengmee. Haa harini Kak Jah share dengan korang resipi mee goreng mamak simple tapi memang sedap untuk korang pulak cuba. Resipi ni daripada Saji.my.
Bahan-bahannya :
Mee Kuning 450 g (5 orang makan)
Lada kering *
Bawang merah *
Bawang putih *
(bahan-bahan bertanda * korang kisar bersama okay)
Bahan rencah :
Sayur sawi
Taugeh
Fish cake dan fish ball
Sotong atau udang
Telur 2 biji
Kicap (6 sudu besar)
Sos seafood adabi (2 sudu besar)
Sos cili (2 sudu besar)
Perencah Maggi Kari (setengah paket)
Garam (secukup rasa)
Cara memasak :
1. Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing.
2. Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggikari dan sedikit air.
3. Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball.
4. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaul sebati sehingga masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidang dan ngap!
Wah, mudah betul ya untuk masak mee goreng mamak ini. Pastikan anda mengikut resepi ini langkah demi langkah. Confirm yang makan nak lagi dan lagi!