Cara tanggalkan mekap supaya wajah tetap maintain muda

Okay Kak Jah walaupun tak bekerja tapi Kak Jah sentiasa mengenakan solekan kalau nak kemana-mana. Alaaa solekan nipis je uols, taklah mekap tebal pun. Antara mekap yang Kak Jah selalu pakai ialah lipstick, bb cream dan juga mascara. Tapi harini bukan nak cerita pasal tu, Kak Jah nak share tips macam mana nak remove makeup dengan betul so idok leee korang tu jahanamkan muka korang.

Wajah kita ni nipis je kulitnya maka ia sangat sensitif lagi-lagi kulit sekitar mata tu. Sebab tu ianya cepat berkedut. So, kena be gentle with your skin okay? Makanya harini Kak Jah nak share macam mana korang nak remove makeup dengan betul supaya kulit maintain muda!

Meh tengok.

1. Oil cleanser

So, pertama sekali sebelum basuh muka, cuci guna oil cleanser dulu. Oil cleanser ni bersifat lembut dan akan betul-betul remove makeup korang tau, so its very important! After dah pakai oil ni, barulah korang proceed guna micellar water dan basuh muka guna pembersih wajah.

2. Buang mekap mata

Macam Kak Jah cakap tadi, mata ni sensitif kawasan dia so be gentle. Ambil kapas dan basuhkan ia dengan micellar water, pastu tekapkan pada mata. Kalu boleh, jangan tarik kasar-kasar! Korang tekap je sampai mekap tu melekat sendiri atas cotton pad tu pastu settle!

3. Bersihkan mekap bibir

Bibir ni pun sensitif jugak so bersihkan dengan gentle. Tips favourite Kak Jah ialah sapukan petroleum jelly dan biarkan selama beberapa minit. Lipstick korang tu akan melt dengan sendiri dan korang bolehlah remove guna kapas.

4. Basuh mekap guna cleanser

Now, basuhlah muka korang guna pembersih wajah. Boleh pilih jenis gel atau jenis krim. Dua-dua Kak Jah suka hehe.

5. Keringkan dengan tuala

Dah basuh tu, keringkan pulak guna tuala wajah. Ingat, tekapkan je dekat muka, jangan korang pergi tarik kuat-kua pulak.

6. Pakai produk wajah

Haaa dah basuh ni, perasan kan ajah korang dah jadi kering. So, kalau dah kering tu, cepat-cepat sapukan toner, serum, moisturizer atau oils. Masa ni, wajah korang akan absorb semua kebaikan produk yang digunakan tu.

So, macam mana korang tanggalkan mekap? Share lah sikit dengan Kak Jah.

Nak baca lagi?
Rutin paling asas jaga wajah, bukan basuh muka sahaja!