Haha jangan cakap orang lain, Cik Ju sendiri pun terkejut beruk kalau tengok ada lembaga putih malam-malam merayau dekat kawasan yang gelap. Sumpah scary gila!

Macam-macam kejadian yang berlaku sekarang ni, tapi tu sebenarnya bukan lah hantu seperti yg netizen fikirkan sebab Lembaga tu adalah manusia sendiri, ia dibuat bertujuan supaya orang ramai tak keluar malam dan patuh pada perintah PKP ni!

Haha korang ni betul lah memang kreatif..perkara ini diakui Muhammad Urabil iaitu orang yang menyerupai Lembaga putih tu, tapi dia tak sangka akan viral sampai macam ni.

Kejadian itu dilihat seperti lembaga putih berdiri di atas sebuah van dan viral dalam FB semalam dengan 3300 share, 1400 komen dan 983 like.

Yang paling best, biasanya benda ni orang akan buat dengan member yang kepala gila-gila kan? But this time tak. Urabil buat dengan wife dia, haha… terer kan wife hang boleh p rekod laki sendiri balut dengan kain putih dah macam jembalang! Haha

“Saya hanya ingin mengusik remaja yang degil di kawasan rumah di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung, supaya tidak lagi keluar merayau pada malam.

“Harapan saya supaya mereka patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan.

“Nampaknya, pendekatan itu berjaya kerana ramai yang percaya pada gambar itu dan bimbang untuk merayau pada waktu malam,” katanya.

Tapi dia minta maaf pada netizen kalau anggap perbuatan dia tu melampau dan menakutkan orang ramai.

Eh Cik Ju okay la, tak payah minta maaf pun sebab kadang-kadang cara macam ni lah orang baru nak dengar supaya tak keluar rumah.

Ye dak?

sumber gambar : NSTP