Mommies, ini makanan yang boleh tingkatkan sistem imunisasi badan perangi COVID-19!

Musim-musim COVID ni kita semua kena kuarantin di rumah. Kalau dah kuarantin di rumah, makanya kenalah masak makanan sendiri ye dok. Today Kak Jah bukanlah nak share resipi tapi nak share dengan uols semua makanan jenis apa yang korang kena ambil bagi meningkatkan sistem imunisasi. Sebagai mommies like Kak Jah ni, kita kena ambil tahu makanan jenis apa yang sesuai untuk keluarga kita musim-musim virus ni.

Jom baca bawah.

Bawang putih

Bawang putih sangat berkesan dalam membantu mengurangkan masalah tekanan darah dan juga melambatkan saluran darah menjadi keras. Bukan itu saja, bawang putih juga membantu meningkatkan imun sistem diri kerana kaya dengan sebatian sulfur yang dikenali sebagai allicin yang dapat melindungi diri dari terkena penyakit selesema dan penyakit lain. Sebabkan Kak Jah dah panic buying bawang dekat Tesco sebelah rumah semalam, maka bolehlah Kak Jah letak banyak-banyak bawang putih dalam masakan ye dok? Hehe.

Kunyit

Kunyit sangat terkenal dalam dunia perubatan kerana fungsinya yang berkesan sebagai anti radang, yang dapat merawat penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juga mengurangkan kecederaan otot. Oleh itu, tingkatkan imunisasi dengan menggunakan kunyit dalam masakan di rumah. So, sotong goreng kunyit hari-hari ke macam mana ni? Hmm

Shellfish

Shellfish merupakan menu terbaik bagi meningkatkan sistem imun dalam tubuh, ini kerana shellfish dapat membekalkan kandungan zinc yang diperlukan oleh tubuh kita. Antara jenis-jenis shellfish yang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi diri adalah ketam, kerang, udang karang dan juga kupang. Okay Kak Jah boleh beli kejap lagi dekat Tesco.

Bayam

Wow ni berita baik sebab Kak Jah sekeluarga memang sangat menyukai bayam. Bayam bagi Kak Jah senang sangat nak masak dan jugak banyak masakan yang boleh dibuat dengan bayam ni. Sayur bayam sangat bagus bagi meningkatkan sistem imun diri kerana ianya kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin E, beta carotene dan juga flavonoids.

Halia

Rasa nak muntah, kulit merah-merah kerana radang, sakit tekak, mempunyai penyakit kronik dan sebagainya, maka halia adalah ubat terbaik bagi mengurangi masalah yang dihadapi. Halia merupakan sumber alam semula jadi yang dapat memanaskan badan dan bagus untuk kesihatan.

Kekacang

Musim-musim duduk rumah ni memang sangatlah elok kalau sambil-sambil korang work from home tu korang kunyah kekacang. Kekacang seperti badam, almond dan biji benih matahari sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun diri, kerana ia kaya dengan vitamin E, phosphorous, magnesium, dan vitamin B-6. Untuk miliki daya imunisasi diri yang kuat dan dapat menentang dari serangan bakteria dan virus, makanan bersumberkan kekacang ini dapat membantu melindungi diri korang.

Buah sitrus

Fungsi buah-buahan sitrus dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih dan juga dapat membekalkan vitamin C pada tubuh bagi melawan penyakit dan virus. Ini antara beberapa jenis buah-buahan sitrus yang bagus untuk kamu makan seperti buah lemon, limau kasturi, buah anggus, buah oren, dan buah limau.

Okay mommies mehlah kita bersama-sama cuba kaedah mudah dengan memperbanyakkan menu yang mengandungi jenis-jenis makanan ni. Semoga dunia akan baik-baik sahaja soon okay.

Nak baca lagi?

Telur separuh masak – Turunkan berat badan dan cegah penuaan