Kebiasaannya bentuk tubuh badan wanita akan berubah dan berat badan meningkat selepas mereka bersalin dan perkara ini menjejaskan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai. Buat kaum wanita, jom ikuti tips dari Puan Nur Balqis Bt Yunus ini yang berkongsikan cara untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang ramping walaupun selepas bersalin.
Bila Kak Jah tengok muka Balqis ni, teringat dekat diri sendiri. Eh? Hehehe memang idokleeee. Jauh bebeno Kak Jah dengan mak anak empat ni uols, cantik betul dia ni. Pandai maintain badan.
So, ini perkongsian daripada Nur Balqis sendiri meh kita tiru cara dia. Jarak setahun–setahun setengah sorang ya! 4 orang anak dlm masa 6 tahun bukan kerja mudah. Jaga body figure lagi susah So lets check this out! )
1. Keep breastfeeding your baby
Tak ada istilah bila menyusu rasa lapar, asyik makan je pastu badan gemuk. So taknak breastfeed sbb takut gemuk. Padahal, lagi kerap breastfeed, badan cepat turun berat, rahim cepat kecut, anak pun sihat! InsyaAllah.. Mak & anak akan sihat dan cantik! Jimat pun jimat kan
2. Make sure badan sentiasa panas.
Makan makanan yg memanaskan badan. Halia & lada hitam penting. Kalau perlu makan la jamu yg boleh panaskan badan. Tapi make sure anak dah lepas level jaundis tu. Balqis makan jamu seminggu lepas bersalin. Dari anak 1st sampai la yg no 3 mmg dlm pantang tu hari-hari makan jamu kampung yg nenek bidan tu buat sendiri. Mmg original bahan2 kampung akar kayu segala. Badan panas mmg cepat lah berpeluh & sihat.
3. Make sure pakai bengkung klu boleh 100 hari.
Kalau lebih lagi bagus sebenarnya. Tapi saya ni pakai Premium Beautiful je sbb mudah nak pasang sendiri. Pakai setiap masa kecuali masa mandi, masa berurut & tungku je bukak.. Pakai tu biar kemas & selesa. Makin hari badan makin ikut shape so ketatkan lagi biar ikut sampai kita puas hati blk shape kita. Sebelum pakai tu letak la minyak panas yg rasa selesa utk perut. Lagi cepat kecik perut tu.
4. Make sure TUNGKU tak tinggal.
Balqis akui, dia ni malas sikit bab tungku. Kecuali mak bidan buatkan. So dia tadah je badan dia biar orang tu yg uli. Tp bayar lebih sikit lah klu nak suruh org buatkan. Sbb tu kena rajin lah kalau nak jimat. Kena tungku hari2 sampai habis 44 hari pantang.
5. Jaga makan!
Benda yg masuk perut paling penting. Balqis ni takde la follow sgt pantang mcm nenek dia katanya. Tapi dia makan dlm jumlah kecil, tapi kerap. Lapar, makan. Dahaga, minum. Air ais elakkan! lagi lama u elak ais lagi bagus katanya. Nak teguk sikit hilang gian takpe la kot tp jgn lahh yaa. Jangan tiru bab ni.. lagi baik minum air suam je!
Sup ikan, sup ayam, sup sayur tu mmg kerap la masuk perut hari2. Sup2 tu plk penuh dgn halia & lada hitam kentut je kejenya. Hehe.. Badan panas, keluar peluh! Cepat la slim.
6. Vitamin C & habbatussauda.
Balqis mmg amalkan dua supplement penting ni. Lagi2 bila pantang. Setiap malam telan dulu baru tido. Ikut korang apa yg korang makan. Tapi 2 ni yg saya amalkan.
7. Bilik jgn pasang aircond selama 100 hari.
Kalau boleh jgn lah pasang aircond sampai 100 hari. Masuk kereta tlg la duduk belakang & pakai sweater! Full body kena cover tauu! Pakai stokin. Kaki make sure jgn sejuk. Ni mmg dari zaman opah pun opah akan bebel. Ada sebab kena make sure kaki tu tak sejuk. Kaki la punca klu tak jaga.
8. Pantang dgn suami.
Haaa yang ni dia mmg pegang kata2 opah. 100 hari uols.
9. Berurut & Bertangas adalah WAJIB
Ni bagi saya wajib untuk bagi badan kita lebih fresh & lebih ringan! Darah berjalan lancar. Tak tersumbat dgn angin & toksin. Buang toksin melalui peluh. Yelah, dah awak tu tgh pantang, nak expect apa? Pg jogging ke kasi peluh keluar?
No no no! Mudah je, ambik air, rebus dgn halia, manjakani, serai wangi, daun pandan, daun limau purut, daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut.. Rebus sampai menggelegak, pastu dah settle, klu ada mak bidan, dia buatkan, klu tak suruh suami awak buatkan ya.
Letak bawah lantai, ambik bedsheet yg besar, letak kerusi, ko duk atas kerusi yg bwh tu air rebusan tu. Tangas tangas setengah jam.. seminggu pertama buat 3 kali seminggu tu. lepastu seminggu sekali dah ok. Pastu perghhhh mmg ringan badan. Tapi jgn lupa minum air masak bnyk bagi menggantikan air yg hilang masa bertangas tadi. Badan ringan + wangi tau! Yg “bawah” tu pun rasa fresh! Tiap2 hari make sure basuh yg “bawah” tu guna air rebusan sireh. Cepat luka hilang & ketat Kata nak mcm anak dara blk… Tak yah beli product. Alami je! Cepat & berkesan! Tiada was-was.. ewahh..
Nampak macam banyak tapi kalau efektif apa salahnya ye dok? Okay Kak Jah ready nak ikut tips ni lepas bersalin anak keempat! Hehehe. So korang pun mehlah cuba!