Okay kalau korang dah bosan sangat nak buat apa sepanjang PKP ni, Kak Jah ada idea iaitu korang tengoklah instagram program #BerseoranganBersama yang diperkenalkan oleh Neelofa ni.
Program interview menerusi live ig ni dibuat atas usaha berkongsi kisah dan pengalaman dalam PKP.
Wahhh menarik kan. So Kak Jah ada tengok beberapa episod, antaranya yang melibatkan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza.
So dalam tu Neelofa dan Datuk Siti berkongsi cerita tentang gelagat kaum suami bila kena beli barang dapur dan rupanya ramai yang tak kenal jenis sayur, jenis ikan dan sebagainya.
Lebih menarik, Neelofa pun ada menemu bual bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun M dan mereka bincang tentang rumah kita telah pun menjadi pejabat kita dan rumah kita lah juga merupakan kedai makan kita.
Neelofa bukan hanya interview orang Malaysia je tau sebab dia juga ada interview penyanyi Indonesia iaitu Rossa dan dalam tu, mereka diskusi tentang bagaimana Covid-19 ni adalah sebenarnya satu rahmat kepada dunia.
Yelah bila dah duduk rumah ni, udara segar dan jugak kita pun sentiasa boleh lakukan aktiviti dengan keluarga macam masak bersama dan solat bersama.
Best kan?
Haaa so daripada korang asyik tengok Netflix, bolehlah tengok segmen artis kita ni sebab bagi Cik Tin, ia sangat informative dan kita boleh sentiasa tukar-tukar ilmu.
Korang pun boleh tinggalkan komen semasa sesi instagram live tu dan sama-sama belajar benda dengan netizen lain jugak.