Pengalaman seorang wanita bila ibunya didiagnosis menghidap kanser paru-paru.  

Bukan mudah untuk terima apabila wanita yang bergelar IBU  pergi untuk selamanya! Jom kita sama-sama baca kisah yang dikongsikan oleh Shazreeyana Shukri yang mana ibunya menghidap kanser paru-paru pada tahun 2017. Hargailah ibu kita yang masih ada sebab kehilangannya pasti memberi kesan yang besar dalam hidup. 

Mama I meninggal tahun 2008 sebab Adenocarcinoma atau LUNG CANCER yang biasa jadi pada non-smoker. Masa tu umur dia 46 tahun.  I was depressed for a year after the loss. I nak kongsi apa yang jadi dari awal detect cancer sampai dia pergi meninggalkan diriku dan keluarga selamanya.  

Tahun 2017, masa ni I seorang pelajar medical. Buat medic pun susah sebab dia nak sangat anak dia jadi doktor tapi masa final year berhenti medical school jadi makeup artist & entrepreneur. Dia mengadu duk batuk tak baik-baik dan dah dekat sebulan. Makan ubat apa pun tak jalan. 

Jadi sebagai medical student, setiap kali balik cuti I bawak stethoscope nak check pernafasan dia. Tak dak wheezing ke apa pun. Dia kata batuk jenis tak de kahak pun. Rasa macam gatal-gatal tekak tak puas bernafas gitu. Masa ni baru tahun tiga. Tahun tu mama apply nak sambung masters ke Australia dan rancang bawak adik bongsu, Shafeeq belajar kat sana. Masa tu dia baru tingkatan 3. Dia happy sangat dapat tawaran buat masters kat luar negara. Lepas dapat tawaran tu, mama kena buat medical checkup. Procedure biasa before fly. 

Masa ni I kat college tengah belajar. Dia call bagitahu tadi x-ray doktor panggil sebab nak bagitahu sesuatu. Dia kata doktor nampak ada shadow kat upper right lung sebesar bola ping pong. So doktor nak buat biopsy check dulu apa benda tu. Dia nervous gila masa tu. I lagi nervous! Sebab dah belajar pasal ni semua. Duk berdoa tu hanyalah benign cyst ke apa. Masa nak biopsy, I balik teman dia. Mama takut tapi dia tak tunjuk! Ya la nak masuk jarum besar dalam paru-paru pastu sedut sikit tissue.

Sapa tak takut? I kat situ bg semangat kat dia. Padahal dah tak tahan nak nangis, nak jerit nak lari sebab TAKUT. Takut nak face reality. Lepas tu, tunggu la keputusan biopsy. I balik college sambung belajar dengan hati resah. Lepas beberapa hari/seminggu macam tu, doc panggil balik nak bagi result. Masa tu tiap minggu, ulang alik Perak-Kedah bawak Savvy manual merah (I panggil dia Kodok). Teman mana pi hospital. Doctor bagi result biopsy kata tu adalah ADENOCARCINOMA STAGE 2B. Dah ada metastasis.

Maksudnya cancer tu dah sampai lymph nodes. GUGUR JANTUNG bila dengar ketika itu! Sebab I tau prognosis adenocarcinoma ni macam mana. Cancer jenis ni violent jugak. Cepat merebak. Cuba pujuk mama buang sebelah lung dia, tapi dia takut open chest surgery. Dia kata takpa la, dia buat chemotherapy & radiotherapy je. Masa ni tiap minggu I balik naik Kodok Merah. Teman dia chemo & radio. Hati tu tak yah cakap la sedih macam mana tengok mak kita lalui benda perit macam tu. Tapi dia SANGAT KUAT! Dia tak pernah mengeluh atau give up.

Positive ja pagi2 bangun siap lawa2 nak pi chemo. Dia tukar makan makanan sihat. Dia banyak studies pasal pemakanan. Dan dia kata STRESS & GULA adalah makanan cancer. So dia tak mau dah stress & makan carbo & gula. Masih ingat masa rambut dia gugur, dia menangis sebab takut Abah tak tertarik dah dengan dia. I cakap kat dia “Mama, rambut gugur tu maksudnya chemo tu berkesan dan dok bunuh sel2 kanser tu. Mama jangan sedih. Mama kena cepat baik. Mama tetap paling cantik di mata kami dan abah”.

Masa i cakap macam tu, Allah saja yang tau betapa hati i nak menangis tapi TAHAN sebab nak bagi dia kekuatan. Jadi anak sulung kena kuat! Kena bagi semangat kat dia. Adik no2 kami iaitu Ferra pulak study kat US. So, I dengan mama macam bestfriends. Sangat rapat macam belangkas. Dia pun pi cukur semua rambut dia & dok cakap dengan happynya “Kakak tengok mama dah botak! Mama akan baik tak lama lagi sebab chemo tu dok bunuh dah kanser tu”, meruntun jiwa sebab kuatnya wanita yang aku sayangi ini.

Walaupun tengah chemo dan radio, dia kuat! X macam orang sakit kanser pun. Happy-go-lucky, suka masak kat orang & sangat positive. Ferra masa ni balik cuti 3 bulan dan kami dok teman mama chemo.

Pada 28/8/08, Masa ni birthday Ferra. Mama dah beli cake, sediakan makanan nak celebrate birthday Ferra kat rumah macam selalu kami buat tiap tahun untuk semua ahli keluarga. Masa tu belum pukul 12am jadi dia pun baring di bilik. I duduk kat ruang tamu. Tiba-tiba dengar Mama jerit panggil kami. “Kakak! adik! Tolong mama tak boleh bangun!”. Kami berlari ke bilik. Dia kata kaki dia tiba2 tak boleh bergerak & tak rasa apa2. Kami panggil Abah & bawa dia ke hospital. Esoknya doc buat CT scan.

Doc panggil i, adik & abah. Doc cakap kanser mama dah merebak ke tulang belakang. Ya Allah. Sungguh perit. Hancur hati. Rasa nak rebah. Macam semua tenaga disedut keluar. Rasa macam badan ni dah tak ada roh. It was hard to hear that she was not going to make it. Doc kata tak perlu bagitau dia lagi. Just make her happy. Doc masukkan mama ke palliative care unit. Tempat jagaan untuk pesakit2 with terminal illnesses yang bantu untuk manage symptoms dan buat diorang selesa sampai hujung nyawa. I,adik & makcik bergilir-gilir jaga mama.

Masa ni bulan puasa. Tidur kat hospital dengan dia. Tiap hari dia bangun dengan senyuman sambil tarik kaki dia dengan tali nak bagi kuat balik. Dia asyik kata “Mama kuat! Mama nak baik cepat.” Sambil exercise kaki yang dah paralyzed tu dengan tali. Hati ni Allah saja yang tau. Bila kita sebenarnya tau orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita tapi kita tak boleh nak cakap. Tak nak dia sedih atau give up on life with the little time that she had. I rasa nak nangis, i keluar bilik hospital. Nangis sepuas-puasnya.

Rasa tak ready untuk kehilangan mama. Tak akan pernah ready. Tak nak ready. Tak nak fikir pun. But when reality hits u, IT HITS HARD! Mama teringin makan macam-macam. Sebab dia baik dgn semua org & ramai sayang dia, dia dapat pelbagai jenis makanan yang dia nak. Kawan dia dari Kelantan pun sanggup mai bawa makanan Kelantan favorite dia. Setiap hari penuh bilik orang mai melawat. Dia tak nampak macam orang sakit langsung. Bukan terlantar lembik tu. Dia macam biasa masa dia sihat cuma kaki tak boleh jalan. Tu saja. Kemudian…

Pada 13/9/08, hari jumaat, dah 2 minggu Mama kat palliative care. Dia ceria happy makan banyak cakap banyak semua. Malam tu I tidur dengan dia. Pagi tu kejut dia sahur dan suap dia makan. I turun kejap masa dia tengah tidur. Nak ambil angin sikit. Masa kat bawah hospital mama tiba2 call. Mama kata dia rasa tak leh nafas. I terus lari naik atas. Dia kata dia rasa sesak nafas. Rupanya paru-paru dia dah berdarah. Platelets dia too low untuk stop the bleeding. I call abah, adik, makcik, nenek semua bagitau suruh semua mai. Oxygen level mama semakin turun.

Tiap kali batuk, keluar darah. Mama dah risau sebab dia rasa mcm nak lemas. Masa tu dia dah tak banyak masa. Petang tu dah ramai datang melawat dan baca yassin. Dia boleh lagi sembang dalam keadaan nazak. I nangis. Dia kata “kakak jangan nangis. Mama kuat! Allah ada.” Itu ayat dia ulang2. Jangan takut. Allah ada. Mama hembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 7.30pm. Masa tu Ramadhan. I nangis sampai tak boleh berdiri. Mama tak sempat tengok I dan adik-adik grad & kahwin. Tak sempat tengok bakal cucu2 dia.

Tak lalu nak buka puasa. Minum air seteguk ja. Sebab tak mampu nak digest lagi apa sedang berlaku. Betol ka mama dah tak ada? Ka mimpi ja ni? Masih in denial. Mama sempat bisik pada I sebelum dia menghembus nafas terakhir.. “Kakak,jaga adik2. Tengokkan adik2. Kakak anak sulung mama. Tengokkan abah sekali. Mama okay. Allah ada. Kakak jangan nangis. Mama sayang kakak. Doakan mama”. Dengan nafas tersangkut2 mama bisik macam ni ke telinga I. Air mata jatuh macam air terjun.

I asyik ulang “mama!kakak sayang mama! Mama jangan risau na. Mama tenang saja. Kakak takkan lupa mama. Kakak sayang mama!” Dalam hati nak jerit MAMA! JANGAN PERGI TINGGAL KAKAK! Kakak tak boleh hidup tak ada mama. tapi tak boleh cakap. Suara tersangkut kat tekak. 

Begitulah kisah I jadi anak yatim. My mother, best friend I dah tinggalkan I untuk selamanya. I tak pernah share cerita ni di social media. Hanya family rapat saja tau. Tapi hari ni I share jugak. Sebab I nak korang semua hargai ibu bapa sementara mereka masih ada. Lepas diorang tak ada, macam2 benda yang kita harap kita buat untuk mereka masa mereka ada. Rasa menyesal sebab jarang jumpa mak ayah. Masa dah hilang mereka, harta benda yang ada di dunia dah rasa tak bermakna. I sanggup gadaikan apa saja I ada untuk dapatkan mama balik.

Tapi tak boleh buat apa. Ajal dan maut dia tangan Allah jua. Kena terima dan redha dengan ketentuanNya. I mengalami depression yang agak teruk lepas mama tak ada. Nanti i cover part ni pulak. Macam mana i overcome depression. Thank you semua yang sudi RT & baca thread ni. Sama-sama kita doakan semua pesakit kanser & semua ahli keluarga pesakit kanser. Semoga Allah meringankan sakit itu & memberi kekuatan kepada mereka semua. Dan semoga sedikit sumbangan kita semua dapat bantu meringankan sedikit beban.