Nasihat aku supaya korang beringat, jaga-jaga bila upload gambar kat media sosial, takut jadi bahan orang sakit hati.

Zaman je yang moden, tapi masih ramai lagi yang percaya pada benda karut dan syirik ni. Dengki dan cemburu manusia ni kita tak boleh nak agak. Luaran nampak comey tapi hati busuk macam bangkai.

Aku tak tau la kat mana silapnya, tapi bila dah ada anak dua, abang aku ni jadi lain. Dengan keluarga dah tak mesra macam biasa, dengan bini di pun jadi lain macam. Kalau salah sikit mula kena herdik kakak ipar aku tu. Mula-mula kitorang ingat mungkin dia stress, tapi abang aku jadi lagi teruk. Dengan mak aku pun dia kurang ajar. Pantang tegur sikit dia mengamuk. Kakak ipar aku pun sama, dia jadi baran sangat. Kira diorang ni hari-hari perang, ada je benda nak gaduh.

Kisahnya abang aku ni duduk berjiran ngan kitorang. Lepas dia kawen, dia buat rumah sendiri betul-betul sebelah rumah mak aku. So apa jadi kat dalam rumah dia tu kitorang tau la.

Bila bini dia masak dia tak nak makan. Dia kata kakak ipar aku letak racun dalam makanan, nak bagi dia mati. Tak masuk akal kan. Pastu ada ker dia cakap kitorang berkomplot dengan kakak ipar nak bunuh dia. Lagi parah! Seingat aku diorang ni dulu punya lah lovey dovey. Bercinta bagai nak rak sekarang jadi cam ni. Pelik aku.

Nak jadi cerita, satu malam tu aku dengar kakak ipar aku menjerit-jerit kat umah dia. Kitorang pun apa lagi, dengan pantasnya gi tengok. Dia cakap kat mak aku ada hantu duduk atas almari dalam bilik tidur diorang. 

Pucat lesi muka kakak ipar aku. Dia kata lagi hantu tu marah dia masih ada dalam rumah. Dia nak kakak ipar aku tu blah dari hidup abang aku. Bila tanya ngan abang aku, dia selamba je bini dia mengigau. Mak aku apa lagi, naik angin la. Mak terus suruh aku ngan adik pergi panggil imam surau kampung datang umah. Dalam cuak aku ikut jugalah.

Imam tu kira sedara aku lagi. Tok Man ni terrer jugak bab-bab mistik dan banyak dah tolong orang. Ada sekali aku dengar cerita dia tangkap hantu raya yang kacau budak kecik kat kampung sebelah. Respect gile. Bila kitorang panggil dia suruh datang dia suruh balik dulu. Nak tunggu kawan dia sekali. Aku pun tak sure sapa, pembantu dia agaknya.

Bila Tok Man datang dia tak terus masuk rumah. Berdiri je dia kat luar sambil panggil mak aku. Kira macam dia tengah scan umah tu la, nak tengok jembalang apa yang ada. Dia cakap ngan mak aku ada Pontianak ngan ular jelmaan lepak kat umah tu. Macam penyewa la lebih kurang. 

Bila dia masuk kakak ipar aku tiba-tiba menggila. Dia halau orang tua tu keluar pasal dia kata Tok Man tu datang nak kacau dia. Nasib baik Tok Man ni cool jer. Dia pun mula baca ayat Quran dan mintak kitorang baca sekali ayat Kursi. Dia minta kakak ipar aku duduk depan dia. 

Tok Man tu ruqyahkan kakak ipar aku. Menggelupur dia macam orang terbakar. Dia marah Tok Man, tapi dia tak pulak boleh bangun. Duduk je depan Tok Man tu sambil mulut dia maki-maki semua yang ada kat situ.

Last sekali bila Tok Man tepuk dahi kakak ipar aku dia terus diam. Tok Man mintak baldi, buat tadah kalau muntah katanya. Memang betul, tak lama lepas tu kakak ipar aku muntah. Dah la banyak, bau dia perrrghhh susah aku nak explain busuk dia. Macam hanyir darah campur bau bangkai la camtu. 

Tok Man terus baca ayat apa ntah, dia muntah lagi. Kali macam ada ketul-ketul hitam yang kluar sekali ngan muntah dia. Lepas tu dia terus terbaring. Lemah. Tok Man mintak kawan dia korek lubang kat belakang rumah nak tanam muntah kakak ipar aku. Citer pasal muntah tu, dalam dia ada gumpalan rambut, banyak giler. Ngeri siot.

Then Tok Man bukak cerita kat mak aku. Dia kata perkahwinan abang aku tu kena sihir pemisah. Sihir pemisah? Kitorang semua macam tak percaya. Ye la kan, bahana mana pulak nak sihirkan abang aku tu. Dia bukannya jutawan atau banyak duit yang boleh dikikis. Setakat orang biasa jer. Tapi Tok Man Kata orang yang hantar tu cuma nak abang ngan kakak ipar aku berpisah. Dia tak suka tengok kebahagiaan abang aku.

Cara orang tu hantar sihir? Hantar kot makanan, pastu dia puja gambar abang ngan kakak ipar aku. Bila Tok Man describe kan gambar tu kat kitong, tercengang semua. Gambar tu aku ingat ada dalam facebook kakak ipar aku. Kreatif giler orang kalau nak buat jahat ni.

So sekarang ni abang ngan kakak ipar aku dalam fasa berubat la. Hubungan diorang dah okay, takde la macam anjing ngan kucing. Tapi kakak ipar aku tak berapa sihat lagi la. Mungkin sisa-sisa sihir tu masih ada lagi.

Ha, nasihat aku kat korang yang selalu up gambar konon-konon romantic kat socmed tu, berhati-hati yer. Korang tak tau sapa yang dengki dan sanggup buat benda tak baik dengan gambar tu. Aku bukan jeles, cuma ingatkan. Jangan nanti terlajak perahu…susah bai.