A picture containing person, luggage, military, child

Description automatically generated
Gambar : Bernama 


Nak jadi pramugari ni dik, badan kena tiptop. Yang gempal-gempal memang tak boleh diterima, sebab bila pramugari ni berjalan depan, for sure korang akan pandang kan sebab cantik? Memang itulah misi pada setiap penerbangan pun, nak orang yang cantik-cantik je jadi ikon untuk penerbangan tu, bukan pilih tangkap muat.

Sebab tu nak jadi pramugari ni, kena ada ujian pada setiap tahap yang korang kena lepas. Kalau gagal, mimpi jelah nak jadi pramugari. Cik Ju memang teringin nak jadi pramugari, tapi sebab pendek, so lupakan jelah. 

Macam apa yang terjadi pada 1 kes ni, seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Ina Meliesa Hassim, dipecat dari pekerjaannya kerana beratnya naik sebanyak 0.7kg. kau rasa kejam kan? Tapi itu lah S.O.P nya. 

Dik Ina, kalau dah tahu nak jadi pramugari ni kena slim melim, kena la workout sikit turunkan berat badan, sebab tu dah memang kerja u untuk maintain cantik hot depan penumpang. 

And mana ada pramugari yang jenis badan bagak-bagak kan? walaupun 0.7kg, tetap naik dik, 1kg pun tak boleh. 

Btw, Ina membawa kes ini ke pengetahuan mahkamah pada September 2017 kerana beliau merasakan pemecatannya berlaku dengan cara tidak adil.

Tapi pada 14 Februari 2020, dia tewas kes tersebut selepas Mahkamah Perusahaan memutuskan untuk berpihak kepada syarikat penerbangan Malaysia.

Ina pada ketika itu mempunyai ketinggian sebanyak 160cm dan berat yang dibenarkan MAS di bawah garis panduan dandanan dan pakaian seragam penerbangan ialah 61 kg, tidak lebih daripada itu. Namun angka akhir sewaktu beliau menimbang berat pada 10 April 2017 adalah 61.7kg.

Hasilnya, setelah bertungkus lumus untuk MAS selama 25 tahun, dia akhirnya dipecat kerana berat badan yang berlebihan iaitu 0.7kg.

Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Syed Noh Said Nazir, menjelaskan bahawa MAS telah membuktikan keputusan untuk menamatkan Ina adalah ‘adil’.

Ini kerana syarikat penerbangan telah memberi ‘peluang yang mencukupi’ untuk Ina mematuhi keperluan berat badan mengikut S.O.P syarikat iaitu selama 18 bulan.

ha, siap dah bagi 18 bulan untuk Ina turun badan tu, kenapa tak workout betul-betul, bukan masa yang singkat taw? 18 bulan tu lebih dari 2kg boleh turun. so what is the problem? hrmm Cik Ju betul tak faham. 

So ladies, yang berat 0.7kg pun kena buang kerja, MAS dah tak kira sama ada orang tu dah bagi servis sampai 25 tahun, undang-undang tetap undang-undang! 

Kalau tak tahu apa yang korang nak buat untuk turunkan berat badan, senang je Cik Ju nak ajar ni, tak payah keluar bajet lebih-lebih nak kurus, korang makan je telur rebus tiap hari, 10kg boleh turun dalam masa sebulan taw. 

Cik Ju tak cakap tipu sebab Cik Ju sendiri yang amalkan. sebab tu body Cik Ju elok sangat.