Biasa ibu bapa akan memilih nama bunga, orang terkenal atau nama unik lain untuk anak masing-masing. Bagaimana pula kalau namakan anak sempena nama wabak atau virus? 

Macam sepasang suami isteri ni, mereka menamakan anak kembarnya sebagai Corona dan Covid sempena ‘lockdown’ yg sedang dikuatkuasakan di India sekarang. 

Menurut Daily Mail, bayi kembar itu dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu dan nama Corona serta Covid itu dipilih sebagai perlambangan kejayaan di atas kesulitan yang dihadapi.

Ibu kepada Corona dan Covid menambah, nama tersebut juga adalah sebagai tanda kenangan berikutan kemunculan pandemik itu yang sudah menjangkiti ribuan manusia di dunia.

“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain.

“Disebabkan itulah, muncul idea untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini,” kata wanita tersebut.

Bayi kembar berkenaan dilaporkan dilahirkan secara ‘caesar’ dengan beberapa komplikasi.

Bagaimanapun pasangan suami isteri itu memberitahu, mereka berkemungkinan menukar nama anak itu nanti.