Kak Jah baca, di China, sambil-sambil berperang dengan wabak Covid-19 ni, negara itu juga merekodkan jumlah perceraian yang tiba-tiba naik secara mendadak.
Uish, apa sebabnya tu? Kak Jah jadi seram pulak bila baca. Yelah, ingatkan bila duduk bersama ni boleh meningkatkan rasa cinta, lain pulak jadinya.
Okay takpe. Meh Kak Jah kongsikan cara hadapi masalah rumahtangga supaya sepanjang waktu kuarantin ni, rumahtangga aman je.
Ajak suami bersihkan rumah
Kak Jah perasan, kaum suami ni diorang suka je bersihkan atau redecorate rumah. Tapi bila kena gaya lah. Kalau kita demand diorang tolong, memang ke laut ler. Tipsnya, kita perempuan ni jangan suruh dia buat kerja tu, kita ajak dia. Haaa bila ajak tu, dia akan happy nak buat kerja bersama-sama dan tak rasa seperti terpaksa.
Solat berjemaah
Solat berjemaah ni besar pahalanya dan menjadikan ikatan kekeluargaan semakin utuh. Lepas habis solat tu, doalah supaya hubungan kalian kekal sehingga ke akhir hayat. Masa ni lah rasa bonding tu special sikit.
Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan kemas
Rumah bersepah ni memang boleh buat kita naik hantu ye dok? Jadi, salah satu cara nak jaga mood sendiri dan mood pasangan ialah pastikan rumah sentiasa teratur dan rapi. Kan sedap mata memandang.
Makan makanan enak dan berkhasiat
Makanan ni sangatlah mempengaruhi mood kita. Jadi, pilih makanan berkhasiat untuk suami dan anak-anak. Masakkan jugak dessert fav si dia. Bertambah sayang nanti jadinya.
Berbual bersama pasangan
Ambil masa ni untuk betul-betul kenal pasangan. Tanya dia kalau ada apa-apa yang mengganggu fikiran. Kalau ada, minta dia ceritakan. Kita ni sepatutnya jadi best friends jugak tau. Kenalah saling memahami dan bergurau senda tak gitu?
Okaylah Kak Jah ni pun bukanlah expert sangat dalam masalah rumahtangga ni. Tapi ni adalah antara tips yang boleh korang buat sepanjang tempoh PKP ni okay. Semoga rumah tangga kita baik-baik sahaja!