Inilah masanya untuk mommies melakukan proses pembersihan rumah secara menyeluruh. Antaranya adalah membersihkan mesin basuh! Pembersihan rapi harus dibuat sebulan sekali.
Maklumlah, pulang sahaja dari membeli barang sepanjang PKP ni, uols perlu terus membasuh baju tersebut, jadi lebih elok sekiranya kita bersihkan juga mesin basuh secara kerap.
Ikut cara ini:
1. Untuk buat deep cleaning, buat di kedua-dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.
Bersihkan dalaman dulu baru bahagian luaran mesin basuh.
- Sebelum buat tub cleaning, bersihkan lint trap dulu.
- Setiap mesin basuh ada lint trap ‘built in’ di dalamnya. Kalau lint trap rosak boleh guna lint trap yang jenis floating untuk bantu perangkap kekotoran.
- Bersihkan tub secara manual sekiranya masih ada kotoran yang tersisa. Kutip mana yang boleh, boleh guna penyapu atau penyodok mini atau guna pembersih vakum. Pilih mana yang mudah.
- Tidak perlu guna pencuci tub yang khas. Boleh juga guna pencuci mesin basuh yang dijual di kedai atau pasaraya.
- Selain itu boleh guna peluntur seperti Clorox, antiseptic seperti Dettol atau cuka. Bergantung kepada tujuan kita buat tub cleaning. Untuk peluntur atau antiseptic, ikut arahan pada botol masing-masing. Kalau nak hilangkan bau hapak dalam mesin basuh, boleh guna bancuhan cuka. 1 cawan kecil memadai.
Selepas selesai buat tub cleaning, bersihkan juga bahagian sekeliling, termasuklah tebing tub dan tempat letak detergent atau softener.
Boleh juga menggunakan spray Clorox kerana peluntur macam ini berkesan jika ada kesan kulat atau tahi lalat pada tebing tub.
2. Untuk pembersihan bahagian luaran, kalau bahagian luaran buat dari tempered glass, boleh guna pembersih cermin atau tingkap.
3. Untuk bahagian badan mesin basuh, elakkan guna pencuci mengandungi ‘harsh chemical’, ‘bleach’ atau ‘solvent’.
3 kaedah tub cleaning yang boleh dibuat iaitu:
Guna setting ‘tub clean’
1. Power > add (Tub Clean) > water level (high) = 69 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Biarkan run sampai habis.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vacuum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = Power > Program (Quick Wash) > Water Level (Extra Low) = 24 min
Jumlah masa = 93 min
Guna setting soak
1. Power > Program (Soak) > water level (high)> START = 30 min
2. Masukkan pencuci pilihan
3. Lepas soak 30 minit, mesin akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.
4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vacuum cleaner).
5. Basuh persekitaran tub juga (tepi tub dan detergent dispenser)
6. Bilas = Power > Program (Quick Wash) > Water Level (Extra Low) = 24 min
*masa tempoh soak ini, jangan cemas bila tub mesin basuh itu tidak bergerak, dia memang akan ‘pause’ sekejap.
Jumlah masa = 114 min
Secara manual
1. Power > Program (wash only) > start *semasa proses ini dia akan berpusing macam biasa masa kita cuci kain. = 20 min
2. Masukkan pencuci pilihan.
3. Lepas 20 min, Off Power.
4. Biarkan 30 minit = guna timer.
5. Selepas 30 minit, buang air dalam tub.
Power> program (rinse) >start. Biarkan penutup mesin terbuka. Lepas dia buang air kotoran, mesin basuh akan berbunyi, suruh tutup penutup untuk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min
6. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vacuum cleaner).
7. Basuh persekitaran tub juga (tepi tub dan detergent dispenser)
8. Bilas = Power > Program (Quick Wash) > Water Level (Extra Low) = 24 min
Jumlah masa = 69 min
*untuk mesin basuh ‘semi auto’ boleh guna kaedah ini.
Akhir sekali selepas selesai semua tub cleaning, bilas semula lint trap untuk pastikan kita mula sesi cucian pakaian seterusnya dengan lint trap yang bersih dan kosong.
Semoga bermanfaat!