Myanaliza binti Ruslee atau turut dikenali sebagai Maya Matahari hari ini meninggal dunia akibat kanser yang dihidapi sejak beberapa lamanya dulu.

Perkhabaran menimpa dunia sekarang dah cukup sedih Cik Ju rasa, tapi Cik Ju lagi rasa sedih sebab Cik Ju sendiri salah seorang peminat Maya Matahari ni.

Orangnya kecil molek, cakap dengan orang pun ramah, nampak betul-betul sihat, tapi kita tak tahu pun kesedihan yang melanda dirinya.

Iya lah, last kita nampak dia perform kan waktu menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima, dan lepas dari tu dia ada buat kemunculan baru pada 2018 dengan lagu baru iaitu Perlu Ada Setia.

Gambar : FB Tengku Khalidah Tengku Bidin

Allahyarhamah menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul “Matahari” dengan lagu popular yang bertajuk sama. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu “Diari Biru” dan “Mata”. Selain itu, Allahyarhamah turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.

Selepas kejayaan Allahyarhamah berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.

Allahyarhamah pernah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan kerabat di raja Pahang,  Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata.

Cik Ju mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di sana, semoga di tempatkan dalam kalangan orang beriman..amin.