Anak Kak Jah yang kecik tu memang selalu tanya kenapa tak kejut dia bangun sahur. Kak Jah kejut je tapi dia yang tidur balik! Alahaiii lepas tu Kak Jah pulak yang dimarahnya!

Mommies ada yang alami benda sama tak? Anak liat sangat nak bangun tapi nak sama-sama berpuasa dengan kita? Jom baca tips ni, harapnya bermanfaat!

Atur waktu tidur mereka

A person lying on a bed

Description automatically generated

Ajar anak2 untuk tidur awal semasa bulan puasa. Selepas selesai buat homework, terus tidur. Kalau didik hari2, anak akan mudah bangun sebab badan dia dah jadi terbiasa. Takdelah isu terlepas sahur lagi!

Sediakan makanan kegemaran dia semasa sahur

A young boy sitting at a table eating food

Description automatically generated

Anak Kak Jah tu suka makan ayam masak merah. Jadi, Kak Jah akan cuba untuk penuhi permintaan dia dan umpan dia dengan makanan kesukaan dia tu. Cara ni berkesan tau, sebab nanti dia kena tunggu malam lah baru dapat makan ayam dia tu haha.

Kejut mereka dengan suara lembut

A picture containing person, indoor, bed, woman

Description automatically generated

Jangan menengking-nengking mereka atau kejut dengan suara halilintar! Cara ni memang tak berkesan! Anak2 ni sukakan kelembutan, kalau kejut lembut2 mereka mudah bangun.

Beri penghargaan

A hand holding a neck tie

Description automatically generated

Haaa ni mommies selalu buat kan? Kalau anak berjaya bangun sahur, mommies bagi lah hadiah atau sagu hati kepada mereka. Alaaa bagi benda simple2 je macam belikan mainan kegemaran dia ke atau bagi dia main game malam tu. Cara ni akan buatkan mereka seboleh2 nya tak tidur balik selepas dikejutkan! 

Okay mommies good luck!