Uols tahu kan apa akibatnya kalau malas bersihkan muka sebelum tidur? Lagi2 muka disalut dengan mekap pada waktu tidur. Mana boleh uols! Nak cantik dengan mekap pun kena tengok masa jugak.
Jadi jangan ambil ringan okay, dh jadi mommies pun tetap nak cantik kan… walaupun puasa, muka mesti nak elok tak nampak lesu… so ikut tips ni!
1. Bersihkan wajah
Uols sibuk walau macam manapun, harus luangkan sedikit untuk bersihkan wajah. Membersihkan wajah dari mekap, debu dan keringat akan membantu regenerasi kulit ketika tidur. Kulit yang bersih akan maksimumkan pertumbuhan semula kulit.
Biarpun duduk rumah waktu PKP ni, tetap perlu kerap mencuci muka, okay?
2. Berus gigi
Jangan pernah lupa memberus gigi sebelum tidur. Jangan sampai sisa makanan di dalam mulut menjadi asid dan merosakkan gigi secara perlahan. Mesti tak nak sebarang kerosakan gigi bukan? Maka dengan itu, bersihkan gigi sebelum tidur.
3. Pakai pelembap
Gunakan pelembab malam hari, kerana pelembab biasa mengandungi pelindung sinar matahari yang tidak berguna dipakai di malam hari. Malah, ianya membuatkan kulit wajah uols agar sentiasa kekal lembap dan berseri.
Beri perhatian juga bila bibir sering kering dan pecah-pecah. Juga bahagian siku, tumit kaki dan lutut yang sering lebih kering berbanding kawasan lain.
4. Pakai krim malam
Krim malam berfungsi untuk memperbaiki, melembab dan menjana semula kebaikan kulit semasa tidur. Ia lebih pekat dan direka untuk memberi kelembapan berpanjangan sepanjang malam.
uols mungkin berminat baca:
7 tip simpan barang basah kekal segar dan tahan lebih lama
Tips ayam goreng rangup dan crispy