‘Kuatnya wanita ni… sentiasa bertenaga… apa rahsia dia ye?’

Kadang-kadang inilah perkara yang selalu difikirkan bila lihat wanita lain yang mungkin ramai anak tapi masih kekal bertenaga melakukan kerja seharian. 

Sebenarnya mereka-mereka ini ada ‘rahsia’ di sebalik kekuatan itu, mudah je… cuka epal cukup utk bantu segalanya!

Sebab ia mengandungi banyak khasiat yg mungkin uols tak pernah tahu sebelum ni. Antaranya: 

1.   Tingkatkan sistem imunisasi

Kalau uols amalkan cuka epal ni, mommies jarang akan mendapat masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak.

Ini kerana cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim membantu menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.

Cuba resipi ini untuk hilangkan rasa lesu pada badan: 

Kisar halia, lobak pedas, bawang, bawang putih, lada habanero, lemon, kunyit dan serai dalam sukatan sama. Tambahkan cuka epal. Tuang adunan ini ke dalam bekas kedap udara dan biar selama 14 ke 60 hari. Kemudian, campurkan sedikit dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman berkhasiat yang merangsang sistem imun! 

2.   Membantu mengekalkan diet badan 

Kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan bahawa penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang lain! 

3.   Kebersihan mulut

Untuk memiliki nafas yg segar, mommies juga boleh mengambil cuka epal pada setiap pagi. Ini kerana menurut Journal of Prosthodontics 2015, cuka epal terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mucus. 

4.   Menangani masalah senggugut

Cuka epal juga dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid dan memendekkan tempohnya. Ini kerana kandungan kalsium dan kalium di dalamnya dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan senggugut.

Terdapat beberapa resepi yg mampu mengurangkan sakit senggugut: 

  1. Tambah 1 sudu kecil cuka epal, sehiris lemon dan separuh sudu kecil halia segar ke dalam secawan teh yang baru dibancuh. Jika mahu, uols boleh juga menambah sedikit madu.
  2. Bancuh secawan teh hijau. Sementara masih panas, tambah satu sudu kecil cuka epal dan sedikit pudina.

Sumber: Alce Nero

uols mungkin berminat baca:
Buah apa yang elok dimakan pada bulan Ramadhan?
7 tip simpan barang basah kekal segar dan tahan lebih lama