Waktu nak bersahur ni, tak perlu menu susah sangat, ikan goreng panas pun cukup menyelerakan!
Biasanya mesti mommies guna garam halus dan serbuk kunyit untuk menggaram ikan, kemudian digoreng. Kan?
Tapi sebenarnya ada cara yang boleh buat ikan tu lebih rangup dan sedap… ha ikut resepi ini!
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar garam kasar
- 1 sudu besar garam halus
- 2 inci kunyit hidup, dibuang kulit
- 1 sudu kecil kunyit serbuk
- 2 ulas bawang putih, dibuang kulit
Cara-cara:
- Tumbuk lumat kesemua bahan menggunakan lesung batu. Apabila sebati, simpan di dalam bekas kedap udara dan ia boleh disimpan lama. Perap seketika sebelum ikan digoreng supaya garam kunyit meresap dengan sempurna ke dalam isi ikan.
- Rasa ikan yang dilumur dengan garam kunyit dengan kombinasi bawang putih serta kunyit hidup ini juga lebih sedap berbanding garam halus dan kunyit serbuk sahaja.
- Goreng ikan di dalam minyak yang panas dengan api perlahan. Ia akan garing di luar dan isinya tetap lembut. Semoga bermanfaat!
uols mungkin minat baca:
Buah apa yang elok dimakan pada bulan Ramadhan?
Roti Gardenia pun boleh jadi pizza