Kalau uols ingat, Cik Ju pernah share cerita tentang rezeki sorang wanita ni melimpah ruah hanya kerana donutnya yang tiba-tiba menjadi viral.
So hari ni Cik Ju nak share dengan mommies buat donut yang gebu, halus, sedap je bila di makan.
Bahan-bahan:
- Secawan air suam
- 4 sudu besar gula
- 2 sudu besar yis
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- Sesudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- Sesudu kecil Bread improver
Cara-cara:
1. Larutkan gula dan yis ke dalam air suam dan tunggu sehingga yis naik iaitu dalam 10-15 min.
2. Masukkan bahan-bahan lain iaitu tepung gandum, marjerin, garam, serbuk penaik, bread improver ke dalam bekas dan ramas-ramas sehingga rata.
3. Kemudian, masukkan air bancuhan yis tadi dan uli hingga menjadi doh dalam 15 hingga 20 minit. *Nota: tidak perlu melekat di tangan.
4. Setelah siap uli, biarkan doh lebih kurang 1 jam dan tutup dengan kain basah.
5. Apabila doh sudah naik, tumbuk doh dahulu untuk buang angin dalam doh tersebut. Lalu, bentukkan doh sebesar bola ping pong dan biarkan ia dalam 15 minit.
6. Kemudian, ketika ingin goreng, ambil doh dan bentukkan lubang di tengah dengan menggunakan jari. *Nota: pastikan menggoreng donut menggunakan api yang kecil.
7. Setelah siap goreng, gaulkan donut tersebut dengan gula halus.
Siap!
uols mungkin minat baca:
Nak kurus tapi nak juga kenyang sepanjang puasa? Ikut cara ni…
Jom buka puasa dengan bebola daging IKEA homemade!