Selebriti Antarabangsa Kongsi Pengalaman Berpuasa

Ramadhan dirai semua umat muslim di seluruh dunia. 

Ia termasuklah model berhijab pertama yang menandatangani kontrak dengan IMG, agensi model terkenal di Amerika Syarikat (AS), Halima Aden, sentiasa mendapat liputan luas media barat kerana penampilan uniknya yang mengenakan hijab di pentas peragaan.

Meskipun hidup dalam dunia glamor, Halima bukan sahaja mengekalkan gaya hidup seorang Muslimah, malah sentiasa bangga mengakui dirinya Islam.

Halima berkata, antara cabaran terbesar sepanjang berpuasa adalah untuk mengelakkan daripada mendengar muzik yang melalaikan.

“Lazimnya, kebanyakan umat Islam akan cuba untuk mencapai sesuatu. Bagi saya, saya memilih untuk tidak mendengar muzik. Sepanjang Ramadhan ini saya cuba mengelakkan daripada semua jenis muzik, sesuatu yang tentunya sukar dilakukan.

“Ini bermakna saya tidak boleh menonton wayang, televisyen atau apa sahaja bentuk hiburan termasuk iklan yang mengandungi muzik. Oleh itu, saya lebih banyak mendengar lagu nasyid dan lagu ketuhanan,” katanya.

Selain Halima, terdapat beberapa selebriti antarabangsa yang turut meraikan Ramadhan. Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu kerana gaya hidup mereka yang agak kebaratan dan tidak menggambarkan ciri Muslim.

SZA

SZA yang dilahirkan dalam keluarga Islam dan pernah berhijab ketika remaja, mengakui beliau tetap berpuasa sepanjang Ramadhan, malah pernah menjejaskan kotak suaranya ketika berlatih menyanyi pada Ramadhan beberapa tahun lalu.

DJ Khaled

Penyanyi keturunan Palestin itu sentiasa terbuka mengenai kepercayaannya, malah sering berkongsi video bagaimana beliau memperkenalkan azan kepada anak-anaknya.

Beliau bukan sahaja mengakui sering membaca al-Quran, malah kekal berpuasa sepanjang Ramadhan sehingga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana ternyahhidrat apabila bekerja di bulan Ramadhan. 

Supermodel

Supermodel seperti Iman Abdulmajid, isteri penyanyi terkenal David Bowie dan Bella Hadid, Gigi Hadid serta Shanina Shaikh dari Australia tidak pernah menafikan latar belakang mereka yang dilahirkan dalam keluarga Islam.

Meskipun tidak mengamalkan cara hidup Muslimah, mereka tetap gembira dengan kedatangan Ramadhan dan mengucapkannya kepada peminat serta keluarga yang menyambutnya.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun