Pura-Pura Nak Jadi Isteri, Wanita Berstatus Isteri Orang Berjaya Kumpul Lebih RM1.2 Juta Tipu 18 Lelaki

Demi menanggung gaya hidup serba mewah, seorang wanita yang dikenali sebagai Wu didakwa telah menipu 18 orang dengan cara berpura-pura mahu menjadi isteri.

Sudah menjalankan kegiatan ini sejak tahun 2017, difahamkan jumlah wang yang dikumpul/diperolehi Wu sepanjang tempoh tersebut sudah melebihi 2 juta yuan (RM1.2 juta).

Modus operandinya adalah menjalinkan hubungan dan memperlihatkan beliau serius sehingga sedia untuk melakukan sesi penggambaran pra-pernikahan.

Lelaki yang terjerat kemudiannya akan mula memanggil Wu dengan panggilan ‘isteri’ semasa perbualan online sebelum beliau memulakan taktik meminjam wang.

Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar: freestocks via unsplash.com

Antara alasan yang digunakan untuk membuat lelaki-lelaki ini terpedaya sehingga sanggup membuat pinjaman dari bank adalah:

  1. Ayah sakit kanser,
  2. Kakak memerlukan wang untuk membeli rumah,
  3. Sepupu memerlukan bantuan untuk bebas daripada dipenjarakan 

Semasa janji pernikahan ditagih, Wu kemudiannya memberikan seribu satu alasan kerana di sebalik penipuan itu status sebenarnya ialah isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki berusia 2 tahun.

Penipuan Wu terbongkar apabila beliau meminta salah seorang daripada lelaki tersebut, Wang untuk menyamar sebagai sepupunya bagi menyingkirkan seorang lelaki lain, Li yang mengejar hutangnya. 

Bermula dari rasa curiga selepas mendengar cerita Li yang sanggup menggadaikan rumahnya untuk memberi pinjaman kepada Wu membawa kepada keengganan Wu untuk membawa kedua orang tua mereka untuk berbincang mengenai pernikahan dan memulangkan wang yang dipinjam, Wang kemudiannya terus melaporkan kepada polis tentang penipuan berkenaan.

Wu kemudiannya mengaku kepada pihak polis bahawa beliau masih bujang dan ramai lelaki melamar untuk menikahinya. Selain daripada membiayai gaya hidup mewahnya, wang hasil penipuan tersebut juga difahamkan digunakan untuk menyara kehidupan saudara dan ibu bapanya di luar bandar.

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit gambar: Gabrielle Henderson via unsplash.com