Setuju tak kalau sis cakap yang air fryer ni memang banyak memudahkan kerja rumah. Bukan takat nak menggoreng, tapi nak buat dessert pun senang.

Untuk kali ni, sis nak share resepi roti puding kastard leleh versi air fryer yang memang senang gila nak buat. Yang penting rasa dia haruslah sedap uolsss.

Bahan A (Puding Roti) 

  • 7-8 keping roti
  • 1 tin susu cair 
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb susu pekat
  • 4 sb susu segar 
  • 2 sudu butter/marjerin (dicairkan) 

Bahan B (Sos Kastard) 

  • 1 tin susu cair
  • 1 sk esen vanilla 
  • 5 sb susu segar
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula perang/putih (terpulang korang) 
  • ½ cawan air masak

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan A tadi, kacau sepenuh hati.  Then, gunting/potong roti ikut suka hati jugak. Nak potong petak ke, bulat ke.  Ikutlah. Kemudian, rendamkan roti tu dalam 5 minit camtu.  Bagi dia mesra dengan adunan tadi.
  2. Selepas dah sebati bahan A tadi, masukkan bahan A ke dalam bekas aluminium foil tu. Tapi, jangan lupa calit sikit marjerin dekat sekeliling bekas aluminium foil tu sebelum curahkan adunan supaya nanti tak melekat dekat bekas bila dah masak.  
  3. Taburkan coklat cip/kismis atas adunan puding tadi. Masukkan ke dalam Air Fryer, setkan  suhu 160C, dan masak selama 20 minit. Siap! 
  1. Untuk Sos Kastard plak, campurkan kesemua bahan B tu, then kacau sehingga pekat sedikit.

Siap! 

Mudah kan?

Resepi pudding roti kastard ni sebenarnya campak-campak je. Memang celah gigi jelah nak buat.

Jangan lupa cuba tau. Musim panas, makan pulak sejuk sejuk memang lega beb rasanya tekak ni.

Selamat mencuba!

Kredit resepi & gambar: Bazilah Ismail