Uih kalau Cik Ju lari dah, sebab was-was dengan orang yang ditanam, sekali hidup balik. Tak kecut perut dibuatnya?
Tapi itulah yang berlaku di China apabila seorang wanita ditemui masih hidup selepas 3 hari ditanam oleh anaknya sendiri.
Menurut Daily Mail, wanita dikenali Wang, yang lumpuh ditemui oleh polis ketika “mayatnya yang masih bernyawa” dibawa keluar dari tapak pengebumian.
Polis daerah Jingbian di Wilayah Shaanxi berjaya menyelamatkan wanita itu setelah menantunya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.
“Menantunya membuat laporan polis mengatakan wanita itu belum pulang setelah anak lelakinya dikenali Ma, membawanya keluar menggunakan kereta sorong pada jam 8 malam kelmarin,” katanya.
Bertindak atas laporan tersebut, Ma ditahan bagi membantu siasatan.
“Ma mengaku menanam ibunya yang masih hidup. Polis segera ke lokasi kejadian dan menemui kubur berkenaan.
“Semasa menggali, polis terdengar suara individu dipercayai wanita meminta tolong.
“Kami terkejut kerana wanita itu masih hidup setelah ditanam hidup-hidup 72 jam tanpa makan dan minum,” katanya.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun