Tidak ada mommies yang tak nak anak mereka berjaya dengan cemerlang seperti anak kecil ini. 

Memang pelik kita dengar kanak-kanak seawal umur 3 tahun sudah boleh menghafal semua nama kimia. Tapi inilah dia, Brielle Milla bercakap mengenai Jadual Berkala Unsur.

Kalau kita dengar ia memang perkara mustahil untuk memaksa seorang kanak-kanak sekecil itu menghafal kesemua 117 unsur kimia dalam jadual itu, apatah pula mengingati nombor atom dan simbol kimia yang diwakili setiap unsur terbabit.

Tidak hairanlah, apabila Brielle diiktiraf kanak-kanak genius kimia, malah digelar The Chemist atau pakar kimia pada usia tiga tahun. Hari ini Brielle yang sudah mencecah usia tujuh tahun disenaraikan antara kanak-kanak pintar termuda di dunia.

Kanak-kanak yang dilahirkan pada 18 Januari 2012 itu mencipta nama apabila muncul buat pertama kali dalam rancangan The Ellen DeGeneres Show pada usia tiga tahun dan sejak itu Brielle tampil dalam pelbagai program kanak-kanak termasuk mempunyai program YouTube, Brielle-iant.

Melihat akan kepetahan Brielle apabila menerangkan pelbagai topik sains menyebabkan ibu Brielle, Carrie Milla-Leon, dihujani pelbagai pertanyaan daripada ibu bapa di seluruh dunia yang ingin mengetahui cara beliau mendidik anaknya.

Berbeza dengan kanak-kanak lain yang lazimnya dihantar ke prasekolah seawal usia tiga tahun, Brielle pula mengikuti pembelajaran di rumah berdasarkan kurikulum yang disediakan ibunya.

Carrie berkata, beliau memastikan anak-anaknya didedahkan dengan pembelajaran berbentuk permainan sejak kecil termasuk menggunakan buku cerita yang dipenuhi gambar berwarna-warni.

“Tiada jawapan ajaib bagi menerangkan cara saya mendidik Brielle dan juga adiknya, Caden. Sebagai ibu dan guru, saya mendidik mereka menggunakan kaedah pembelajaran menyeronokkan supaya mereka sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baru.

“Apabila kanak-kanak dididik untuk mencintai ilmu pengetahuan sedari kecil, mereka akan membesar menjadi seorang yang dahagakan ilmu,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsi dalam laman Facebooknya.

Selain buku cerita, Brielle turut bermain menggunakan kad imbas mengenai unsur kimia ketika berusia dua tahun sehingga mampu mengingati setiap unsur kimia berkenaan.

Meskipun lebih arif dalam subjek Kimia, Brielle juga mempunyai pengetahuan luas dalam Biologi, Geografi dan Sejarah, malah mampu mengingati senarai Presiden Amerika Syarikat.

Carrie berkata, setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan berbeza, justeru sebagai ibu bapa, anda perlu menetapkan matlamat yang berbeza bagi setiap anak tanpa membeza-bezakan mereka.

Brielle kini dianggarkan memperoleh pendapatan antara RM4.32 juta (USD1 juta) sehingga RM21.67 (USD5 juta) setahun menerusi program Brielle-iant yang diterbitkan dalam saluran YouTube TheEllenShow.

Menerusi program itu, Brielle mengacarakan program berbentuk didik hibur membabitkan pelbagai topik Sains dan Geografi daripada kaca mata seorang kanak-kanak.

Power kan?

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun