Jom buat lasagna, pakai roti gardenia je

Mommies dah penat fikir apa lagi juadah berbuka yang perlu disediakan untuk berbuka nanti? Tak apa, biar Cik Ju bantu uols. 

Apa kata hari ini mommies cuba makanan barat pula sebagai menu iftar? Tiada salahnya untuk cuba menu berbeza, kan? 

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Sha Farina telah berkongsi resipi lasagna yang pastinya sedap dengan menggunakan roti. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • Susu
  • Telur
  • Butter
  • Keju
  • Sos
  • Preggo
  • Daging
  • Cendawan.

Cara-cara:

1.   Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.

2.   Kemudian, sediakan kuah spaghetti mengikut selera masing-masing.

3.   Lengserkan loyang dengan butter.

Screenshot 2020-05-10 at 10.21.25 PM

4.   Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.

5.   Kemudian, letak kuah spaghetti dan ratakan.

6.   Letak pula kepingan keju.

Screenshot 2020-05-10 at 10.22.54 PM
Screenshot 2020-05-10 at 10.22.09 PM

7.   Ulang langkah 4-6 sampai 3 lapisan.

8.   Kemudian, taburkan parutan keju.

9.   Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.

10.   Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing-masing dan siap.

Screenshot 2020-05-10 at 10.23.22 PM
95596931_10157351631747794_6962483479665704960_n

Mudah sahaja untuk buat lasagna ini. Bolehlah mommies buat untuk berbuka nanti, pasti anak-anak anda suka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun