Kerusi tradisional yang dimodenkan, ini hasilnya!

Kerusi kayu yang hanya menggunakan kusyen adalah salah satu trend pada zaman dahulu. 

Bagaimanapun, kerusi kayu ini telah ditelan zaman apabila munculnya sofa-sofa moden pada zaman sekarang yang menjadi pilihan utama orang ramai.

Tetapi apa yang menarik, pengguna laman Facebook, Fithry Anaqi telah berkongsi cara dia mengubah kerusi kayu usang kepada sesuatu yang sangat elegan dan eksklusif.

Penambahbaikan dari segi warna dan kusyen yang digunakan menjadikan kerusi itu kelihatan sangat lain dan nampak seolah dibeli dengan harga yang mahal.

1.   Repair yang mana dah longgar

Menurut Fithry, pengubahsuaian kerusi itu dimulakan dengan mengetatkan kayu-kayu yang mana sudah longgar pada kerusi tersebut. Ini juga bagi memastikan kerusi itu berada dalam keadaan yang kukuh. 

2.   Proses buang cat

Proses seterusnya adalah menanggalkan cat lama pada kerusi tersebut agar memudahkan untuk kerusi itu dicat dengan cat baru dan memastikan cat baru itu tahan lebih lama. 

Tetapi sebelum membuang cat lama, kerusi perlulah diasingkan mengikut bahagian agar mudah untuk proses membuang cat lama itu diteruskan.

3.   Selepas cat, pasang aksesori yang diinginkan

Setelah selesai mengecat semula kerusi tersebut, proses penambahan aksesori pula dilakukan bagi menaikkan lagi rupa bentuk kerusi itu dan memberi impak yang berlainan. 

Aksesori boleh dilakukan mengikut citarasa sendiri. Fithry telah memilih warna rona keemasan bagi cat baru untuk kerusi tersebut bagi kelihatan lebih mahal dan elegan.

Selepas cat dan aksesori selesai dilakukan, tiba masa untuk meletakkan kusyen baru yang ditempah mengikut kesesuaian dan ukuran kerusi tersebut. 

Pemilihan warna dan corak juga memainkan peranan penting bagi menyerlahkan lagi kerusi. Kusyen yang dipilih mempunyai kemasan butang dan membuatkan ianya kelihatan lebih moden.

4.   Hasil setelah selesai semua proses

Sumber: Fithry Anaqi

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun