Resepi Biskut Makmur Tanpa Oven, Mudah & Sedap

Sesekali tu memang teringin nak merasa biskut homemade, apatah lagi yang buatan tangan sendiri kan? Sebenarnya ada banyak resepi biskut raya yang mudah dan boleh kita cuba, terutamanya kalau baru first time nak buat.

Antara yang paling mudah adalah resepi biskut makmur yang hanya perlu disangai atas api dan tak perlu dibakar menggunakan oven. 

Serius mudah tapi sedap tau!

Jom kita tengok resepi lengkap oleh Rona Eryza di bawah ini.

Bahan-bahan: 

  • 3 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula aising (kalau tak ada boleh kisar gula pasir biasa sampai halus)
  • ½ cawan planta
  • ½ minyak sapi (kalau tak ada, boleh guna marjerin )
  • 1 cawan susu tepung (saya pakai susu tepung Fernleaf )

Cara-cara: 

  1. Langkah pertama, sangai (goreng tepung tanpa minyak) dengan api yang perlahan. Kacau tepung sehingga kekuningan macam dalam gambar dekat bawah ni.
  1. Cairkan minyak sapi & planta, bila dah cair, biarkan ia sejuk dulu.
  2. Campurkan minyak sapi & planta dengan tepung. Bila minyak sapi dan planta dan sejuk, masukkan gula aising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung. Gaulkan hingga rata.
  3. Bentukkan adunan, kepal bulat-bulat ikut saiz yang kita suka.
  1. Salut dengan susu tepung

Dah siap! sedia untuk dinikmati.

Boleh simpan masukkan dalam balang.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun