Tak perlu mahal-mahal, hampas kelapa dah boleh naikkan seri wajah uols!

Ramai yang memilih menggunakan santan kotak untuk memasak kerana lebih mudah dan cepat, namun bagi mereka yang mementingkan keaslian, santan perah tetap menjadi pilihan.

Bagi mommies yang tergolong dalam kategori sukakan santan perah, nak pesan jangan terus dibuang hampas santan itu.

Kenapa tak boleh buang? Terserahlah kalau nak buang pun, cuma apa kata manfaatkan ia untuk satu petua kecantikan ini.

Apatah lagi ramai yang maklum, hampas kelapa banyak digunakan dalam produk kosmetik kerana manfaatnya yang boleh menghalus, melembap dan mencerah kulit, selain menanggalkan sel kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit serta menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat pada wajah.

Jadi please mommies jangan buang hampas tu! jadikan ia lulur muka dan badan.

Bahan-bahan:

  • 7 sudu besar hampas kelapa
  • Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
  • 2 sudu besar gula biasa atau gula perang
  • 1 sudu besar garam halus
  • 2 sudu tepung beras
  • Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.

Cara cara:

  1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati, lalu lumur dan gosokkan ke muka serta badan.
  2. Kalau mahu kesan lebih mengagumkan boleh perah sedikit air limau kasturi atau lemon dan lakukan rutin seperti di atas.
  3. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu
  4. Lebihan lulur kelapa boleh simpan dalam peti. Boleh tahan selama dua minggu jika tidak dicampur dengan air.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun