Soto Johor, begedil & sambal kicap, ngam kan? Jom follow resepi ni!

Walaupun raya tahun ni kita tak boleh keluar rumah tapi tetap la nak makan sedap-sedap, kan? Lepas kita makan nasi impit ketupat kuah kacang, jom kita layan resepi ni pulak! 

Sambil tengok tv, memang terbaik la uols. Nak buat pun mudah je, jom tengok resepi ni. 

Bahan A:

  • ½ ekor ayam
  • 2 liter air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan B (kisar dalam pengisar):

  • 2 biji bawang besar (atau 7 – 9 biji bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia (berdiameter lebih kurang 1 inci ) 
  • ½ inci kunyit hidup (berdiameter lebih kurang 1 inci )
  • 1 batang serai (ambil yang mudah dalam 1 inci)

Bahan C (rempah tumis):

  • 3 biji bunga lawing
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis (anggaran panjang dalam 2 inci)
  • 3 biji bunga cengkih

Bahan D (rempah, basuh, sangai dan tumbuk/kisar halus):

  • 3 sudu kecil ketumbar biji
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih (kurus)
  • 1 sudu kecil lada putih

Bahan untuk hiasan:

  • 50 sen tauge, dicelur
  • Segenggam suun, digoreng
  • 100g kacang tanah, digoreng
  • Hirisan daun sup (untuk tabur)
  • Bawang goreng (untuk hiasan dan tabur)

Cara-cara:

1.   Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar (bahan B) sehingga naik bau.
2.   Masukkan bahan C apabila bahan B agak kering.
3.   Masukkan bahan D, tumis seketika sehingga naik bau.
4.   Masukkan air.
5.   Masukkan ayam dan reneh ayam menggunakan api yang kecil selama lebih kurang 1½ jam.

Panduan: Anda juga boleh merebus menggunakan api yang besar tetapi ‘manis’ ayam akan hilang. Di samping itu, dengan merebus menggunakan api yang perlahan membenarkan segala rempah meresap ke dalam daging ayam. Ini menambahkan rasa rempah dalam daging ayam tadi.


6.   Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda. Tutup api.

Bahan begedil:

  • 5 biji kentang
  • Sedikit daun sup, dipotong kecil
  • Sedikit bawang goreng
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Goreng atau rebus kentang bersama garam sehingga empuk.
  2. Lenyek kentang sehingga halus.
  3. Masukkan bawang goreng dan daun sup, gaul sehingga sebati.
  4. Bentukkan bulat kecil.
  5. Pecahkan sebiji telur,celupkan bergedil tadi dan goreng.

Bahan sambal kicap:

Kredit: Sedapfood.com
  • 5-10 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula pasir
  • Garam
  • Kicap manis
  • Sedikit jus limau

Cara-cara:

  1. Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan.
  2. Tumbuk cili padi dan bawang putih bersama-sama gula pasir dan garam sehingga halus.
  3. Kemudian tambah kicap manis dan sedikit jus limau.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun