Tips kurangkan berat badan? Uols makan je sayur ni

Pernah tak makan kacang botol? Kacang botol ini juga dikenali dengan nama kacang botor, kacang sirek, atau kacang kelisa.

Ada yang suka hiris dan masak sambal.

Tapi selalunya kacang botol ni dijadikan ulam-ulaman dan dimakan segar begitu saja. Walaupun ia bukanlah sayuran yang popular, namun khasiatnya tak kurang hebat tau.

Sebenarnya ada banyak khasiat kacang botol yang telah dinyatakan mengikut kajian.

1.   Mengurangkan sakit kepala / migrain

Kajian mendapati bahawa kacang botol mengandungi kandungan tryptophan yang dapat membantu menngurangkan simptom sakit kepala atau migrain.

Ia juga berpotensi mengelakkan masalah tidur dan loya yang sering dialami oleh pesakit migrain.

2.   Mengawal paras gula dalam darah

Kacang botol merupakan sumber kalsium yang amat baik untuk mengoptimalkan metabolisme glukosa dan mencegah diabetes.

Ia dikatakan mampu menunjukkan kesan yang terbaik apabila diambil bersama vitamin D kerana kedua-dua ini mempunyai kesan langsung terhadap sel pankreas yang berfungsi mengawal perembesan insulin dan paras gula dalam darah.

Tanda kencing manis

3.   Meningkatkan imuniti

Kacang botol amat kaya dengan vitamin A dan vitamin C.

Kedua-dua jenis vitamin ini membantu meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang daripada jangkitan penyakit.

4.   Sumber folat yang baik

Kacang botol juga merupakan salah satu makanan tambah darah yang baik untuk diamalkan, mudah didapati dan murah harganya.

Pengambilan kekacang seperti kacang botol ketika hamil adalah digalakkan kerana ia mempunyai kandungan folat dan asid folik yang membantu mengurangkan risiko anemia ketika hamil. 

5.   Awet muda

Orang selalu kaitkan makan ulam ni awet muda kan?

Memang pun!

Sebabnya, ulam-ulaman seperti kacang botol ini memiliki kandungan antioksidan yang tinggi dan sekaligus membantu melindungi membran sel daripada radikal bebas yang boleh menyerang sistem organ.

Serangan oleh radikal bebas inilah yang boleh menjadi punca kanser, masalah pada fungsi organ serta kesan-kesan penuaan.

Jadi kalau nak nampak muda, amalkanlah makan ulam dan kacang botol ni ya!

Petua Awet Muda

6.   Tinggi serat

Semua jenis sayuran dan buah-buahan memiliki kandungan serat yang amat baik untuk membantu penghadaman serta mengurangkan berat badan.

Kacang botol juga antara salah satu sayuran yang baik untuk diamalkan untuk berdiet, apatah lagi jika ia dimakan mentah tanpa menambah sebarang perasa, sos, kicap atau minyak.

7.   Sesuai untuk semua peringkat umur

Oleh kerana khasiatnya yang luarbiasa ini, kacang botol amat sesuai untuk dimakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Malah, kita juga patut galakkan anak-anak kita makan kacang botol ni sebab ia bukan saja berkhasiat, malah mampu menguatkan sistem imun mereka. 

khasiat kacang botor

Kita yang duduk dekat Malaysia ni memang mudah jumpa kacang botol kan? Harganya pun murah.

Jadi, kita patut manfaatkan dan amalkan memakan kacang botol sebab ia mempunyai begitu banyak khasiat yang tersendiri.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun