Lemang kalau rasa tak habis dan tak larat makan dah, jangan pula biarkan sampai basi. Kita boleh olahkan lemang tu menjadi sejenis kudapan ‘lejen’ yang sedap dan rangup ni.
Ia dikenali sebagai inang-inang. Ada juga yang panggil karangkinang atau rengginang.
Asalnya memang diperbuat dari tepung pulut. Selalunya kita boleh nampak ia dijual di gerai-gerai makanan tradisional.
Bila dah dimasak ia akan kembang macam keropok. Rasanya memang sedap dan rangup.
Jom kita tengok macam mana nak buat inang-inang ni menggunakan lebihan lemang je.
Cukup mudah!
Jom ikut cara yang dikongsikan oleh Nor Rra di bawah ini.
Cara-cara:
- Mula-mula ambil lemang dan potong nipis-nipis.
- Selepas itu susun atas dulang dan bubuh pewarna sikit bagi naik serinya.
Ikutlah nak titik dengan sudu atau nak guna berus pun lagi senang. - Jemur sampai betul-betul kering.
Anggaran menjemur tu dalam 2-4 hari bagi betul-betul kering. - Bila dah kering, bolehlah goreng macam biasa ye.
Sediakan minyak panas dalam kuali dan goreng macam keropok. Nanti dia akan kembang.
Mesti ramai yang pernah makan kan? Memang sedap dan seronok buat kudapan sambil tengok TV. So, kalau ada lemang lebih dekat rumah bolehlah kita buat inang-inang ni. Tak risau membazir lagi!
Semoga bermanfaat.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun