Well perempuan memang akan cantik bila muka dihias dengan make-up. Tapi kalau terlebih make-up, muka akan menjadi nampak tua.
So sebelum make-up tebal, jom kita tengok antara kesalahan-kesalahan yang selalu dilakukan ketika menata rias wajah.
1. Solekan Yang Tebal
Solekan yang terlalu tebal akan menampakkan diri kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Sebaiknya ketika mengoles bedak asas, cuba elak dari menggunakan produk yang bercirikan ‘matte‘, ‘velvet‘ atau ‘long lasting‘ sebaliknya gunalah produk yang mana formulanya lebih ringan.
Selepas mengaplikasikan bedak asas, tekan dengan span yang lembap di seluruh wajah yang terdapat kedutan untuk menyerap bedak asas yang berlebihan. Bagi mengelakkan solekan nampak sangat tebal atau terlalu putih, anda boleh kurangkan pemakaian base mekap. Hanya perlu pilih salah satu saja sama ada ‘foundation‘ atau ‘concealer‘.
2. Bedak Asas Yang Terang
Selain sapuan bedak asas yang terlalu tebal, aplikasi warna bedak asas yang lebih terang daripada warna kulit asal juga akan menampakkan dengan lebih jelas garis-garis halus di wajah. Apabila usia semakin meningkat, disarankan untuk memilih warna bedak asas yang sedikit gelap daripada warna kulit meskipun anda memiliki kulit yang cerah.
3. Penggaris Mata Dan Maskara Di Bawah Mata
Mata akan kelihatan penat hasil efek lingkaran hitam yang terjadi disebabkan oleh aplikasi penggaris mata di bahagian bawah mata. Memadai jika anda memakai penggaris mata dan maskara di bahagian atas mata sahaja. Elakkan sapuan maskara yang tebal. Selain itu, jangan lupa untuk menyepit bulu mata agar mata kelihatan lebih besar, secara tidak langsung membuatkan anda kelihatan lebih muda.
4. Mengoles Bibir Agar Kelihatan Lebih Tebal
Tahukah anda, jika anda salah melakukan teknik untuk membuat garis tambahan di luar bibir untuk membuatkan bibir kelihatan lebih tebal, wajah akan kelihatan lebih janggal dan tidak semula jadi. Jika ingin menggunakan pensil bibir, pilihlah warna yang sesuai atau lebih gelap daripada warna bibir. Memadai dengan hanya menyapu halus garisan yang terdapat di bibir dan oleskan gincu dan pengilat bibir agar bibir kelihatan penuh.
5. Kening Yang Tebal Dan Gelap
Kesilapan yang sering dilakukan pada kening adalah dengan membentukkan ianya menjadi terlalu tebal dan gelap hingga hilang bentuk semulajadi kening. Cara yang betul adalah dengan menggunakan pensil kening dengan rona warna yang lebih natural atau sama warna dengan rambut dan tandakan titik pada kening agar mudah untuk dilukis. Kemudian ratakan dengan menggunakan berus kening yang sesuai.
Jadi, jika anda ingin kelihatan lebih muda dan sesuai dengan usia, elakkan dari memakai mekap yang terlalu tebal. Kaji terlebih dahulu kulit wajah sebelum bersolek. Jangan disebabkan cara solekan yang salah, wajah akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun