Nak masak sotong banyak cabarannya, terutama buat mereka yang masih lagi newbies. Nampak je macam mudah, tapi kena ada cara yang betul supaya sotong yang dimasak tak liat.

Kredit: My Resipi

Ada beberapa tip yang boleh korang cuba untuk nampak pro bila masak sotong.

1. Jangan masak terlalu lama

Jangan biarkan sotong terlalu lama atas api kalau tak nak isi sotong liat macam getah. Kalau nak guna api besar, sotong hanya perlu dimasak dalam 1-3 minit je.

Kredit: Raja Lepak

2. Perap sotong dalam jus limau

Kalau nak isi sotong lembut, boleh juga perapkan sotong dalam jus limau atau lemon. Asid dari jus ni bukan je akan lembutkan isi sotong tapi juga buang bau hanyir sotong.

3. Rendam sotong dalam susu

Kalau nak tahu, tip ni orang Perancis yang bagi. Asid laktik dari susu boleh lembutkan sotong bila sotong direndam paling kurang 4 jam dalam susu dalam peti ais bahagian bawah. Nak perap semalaman pun boleh, nanti sotong akan rasa lemak lemak gitu.

4. Celur dalam air didih dan air sejuk

Korang boleh juga celur sotong dalam air mendidih sekitar 1-2 minit sebelum rendamkan dalam air sejuk supaya rasa kenyal sotong tak hilang.

Kredit: Raja Lepak

5. Jangan masak sotong lebih dari 5 minit

Kalau setakat nak buat sotong goreng atau sotong tumis, pastikan jangan biarkan sotong korang atas api lebih dari 5 minit. Kalau korang masak contohnya dalam rempah macam sotong kari, baru boleh biarkan lama sikit supaya sotong serap rasa rempah tu.